Pages

|The Comrades|

Showing posts with label arnab betina. Show all posts
Showing posts with label arnab betina. Show all posts

18 December 2010

Bekom Bercinta dengan Mochie

Lalalala agak lama tak postkan perkembangan cinta 3 segi ni kan. Dek kasihankan cinta hanya bertiga, aku mengambil inisiatif untuk tidak menyeksa batin Bekom & Bonat. So aku g angkat seekor lagi arnab betina yang diberi nama Mochie. Oleh kerana bulu Mochie iras-iras Bekom, so aku cadangkan Mochie disandingkan dengan Bekom. Bonat absolutely dengan Wenly si rabbit ganas.

Jadi no more cinta 3 segi. Untuk mengelakkan perebutan kuasa veto, aku asingkan Bekom & Mochie di satu sangkat yang agak sempit untuk dorang berkejaran. Menurut family 1st Mochie, Mochie still 3 bulan. Dari apa pengetahuan yang pernah aku lalui, arnab 3 bulan memang still masih anak dara kalau nak dijodohkan. Sebaik-baiknya arnab boleh beranak pada umur 5 bulan. Tak pasal- pasal macam menyeksa Mochie je kan. Tapi ada aku kesah? HAHAH. Aku still samakan Mochie satu sangkar dengan Bekom. Nasib Bekom tak agresif macam Bonat yang lebih kepada pemaksaan.

**Bekom & Mochie.. Bulu memang seakan-akan sama. Susah nak bezakan. cuma bulu badan Bekom lebih pudar sikit.

Sekarang aku terpaksa ceraikan Bekom dengan Mochie untuk sementara waktu kerana Mochie disahkan dihidapi penyakit KURAP.hahaha. Kurap ke pe ntah la. Ada luka kecil di bahagian atas telinga. Lain pula ceritera Bonat & Wenly. Pasangan ni memang tak boleh duduk diam. Pantang bersentuh sikit, memang akan diterkam antara satu sama lain. Sampaikan aku terkena 2 gigitan percuma dari Wenly minggu lepas. Gedebab punya Wenly. Siap ko!! Tunggu jer time korang mandi. Memang aku nak siram habis-habisan. HAHA. Harap- harap la Wenly pegnen dengan Bonat ni kan.
**Sila abai penukul kat sebelah okie!! Yang ni la arnab agresif Bonat & Wenly. Yang putih2 besar gedabak tue la Wenly

Terima Kasih

11 December 2010

Cinta Tiga Segi Perlukan Pengorbanan

Macam mana agaknya nak memulakan kisah rentetan cinta tiga segi ni kan. Agak lama mencari idea untuk mengarang kisah tersebut. Baru hari ini dapat mencari idea tersebut. Ahaks! Perlu diingatkan pada permulaan rentetan ini berkemungkinan besar ada sambungan kerana ditakuti akan membuat pembaca setia bosan bila penulis mengarang terlalu panjang. Hal ini kerana pada saat rentetan ini dikarang, kisah cinta tiga segi ini belum menemui jalan penamat. Ahaks! Pergh skema giler ayat aku gunakan. Macam nak muntah badang.

Watak Utama
*Bekom- hero
*Bonat- hero kedua
* Wenly- heroin

Pagi seperti biasa la kan bagi makan ketiga2 mahkluk Tuhan paling seksi ni. Dan tiap pagi tue la juga akan mengambil masa yang lama melihat telatah mahluk 3 ekor ni. Ahaks! Time nak bagi makan time tue juga la dorang ni mula nak beromen-romen depan aku. Bikin hati aku goncang jew. Erks, maksud aku pada masa tue Wenly ni dipasangkan dengan bekom dalam kandang yang besar. Mula la adegan kejar mengejar di mana Bekom sepuas tenaga mengejar Wenly. Apakan daya larian Wenly lebih laju dari Bekom. Melihat di mana Bekom tak dapat-dapat mengejar Wenly, dok kecian gak nengok kan, aku pindahkan kedua pasangan ni ke dalam sangkar yang lebih kecik untuk membolehkan Bekom senang mengejarnya. Jahatkan aku. HAHAHA.

Woah sebaik aku letak lam sangkat dapat gak akhirnya Bekom mendapat Wenly. Tapi memang agak tragis kerana Wenly langsung tak melayan godaan mesra dari Bekom. Kesian jugak aku melihatnya. Di saat adegan tersebut berlaku, Bonat melihat dengan mata yang sayu kerana kekasih hatinya dirampas oleh Bekom. **jaga ko Bekom, kalo aku dapat ko, aku tenyeh-tenyeh ko sampai mati**. Si Bonat bermonolog sendiri di dalam kandang sambil melihat kekasihnya menjadi milik orang.

Walaupun Bekom tak putus asa mengoda Wenly, Wenly tetap tak melayan Si Bekom ni taw. Auwwww.. sungguh kecian aku melihatnya. Agak- agaknya adegan pujuk memujuk berlaku selama 2 jam kot.

Adakah Wenly termakan pujukan Bekom??? Nantikan sambungan seterusnya.

**maaf yer sebarang gambar belum dapat dikeluarkan ketika ini atas sebab-sebab peribadi.

Terima Kasih

01 September 2010

Adakah Bonat sudah bersedia untuk menerima pasangannya? |Ngexz


Auww..Lama tak nengok teratak aku ni berupdate kan. Bz bai!! Almaklumla sekarang aku dah banyak menghabiskan masa terluang ku nengok2 rabbit2 ku yang comel lote semakin hari tue. ouh yer, alkisahnya nak share la cikit pasal Bonat tue, ala si rabbit betina aku tue. Sekarang aku dok angkatkan Bekom, si rabbit jantan untuk berpasangan dengan Bonat.

Aku rasa maybe umur matang Bonat dah menjangkau 4 bulan kot sebab tempoh matang untuk arnab mengawan at least mesti berumur 4 bulan gitu. Kalau masih 2 bulan tak boleh lagi nak berasmara dana. Aku pun lupa nak tanya kat tuan punya arnab dulu time mula- mula beli si Bonat dari dia berapa bulan dah umur dia. Dari pengiraan aku, aku mula beli Bonat penghujung bulan May, time tue kira dah besar ckit badan dia kot. So aku main kira- kira dari Jun la sampai la sekarang. So kalau nak dikira maybe dah sampai 4 bulan kot. sebabnyer maybe still ngan tuan lamanya dulu sebulan kot. Itu ramalan aku jer, tak tau betul ke idok.

Tapi dari apa yang aku lihat bila aku menduakan Bonat ngan Bekom, macam sah nak mengawan, cuma dorang still malu- malu gitu or maybe dorang belom reti sangat kot. Ntah la aku pun tak sure lagi. Pengajaran ni, lain kali bila beli ngan orang mesti tanya dulu berapa bulan. So nanti aku senang nak membenihkan dorang. huhu.

Alkisah sekali lagi, aku tak puas hati la ni, so aku bawa la sekor jantan yang agak besar badannya dari member aku. Jangan terkejut tau sebab si jantan ni dah ada pengalaman membenihkan anak kat pasangan dia dulu. Tapi Bonat macam tak suka jer ngan si jantan tue. Maybe Bonat takut nengok badan si jantan yang besar tong dram kot. HAHA. Jangan hairan sebab kadang- kadang arnab pandai memilih pasangannya tau. Kalau dorang tak nak berasmara dengan pasangan yang kita pilih, so maybe dorang tak berkenan la tue. Aha, arnab pun pandai menolak pinangan tue. .

So sekarang sebagai penyelesaiannya, aku asingkan si jantan besar badan tue dengan 1 kandang lain, dan aku samakan si Bonat ngan si Bekom. Harap- harap sangat la Si Bonat menerima cinta Bekom lepas ni kan. Tak sabar aku nak menimang cucu- cucu ni hasil dari benih Bonat.HAHA

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign