Bila berjauhan baru la mula nak itu dan ini kan. Bila duduk dekat-dekat, gaduh sana sini kan. Amacam yang aku katakan atas tue ada terkena batang hidung korang tak? Betul kan apa aku cakap ni? Bila jauh baru nak kata rindu la, tak dapat berjauhan la. Dan mula la buruk sangka kat pasangan masing- masing kata curang la, tak sayang dia lagi la, ada perempuan/ lelaki lain la.
Lumrah la kan bila bercinta- cintun. Auwww… Firstly, sila jangan muntah dengan entry aku kali ini yang agak jiwang okie coz aku tengah ON MODE JIWANG sekarang. HAHA. Yerla aku kan dah mula berjauhan dengan Kiroro lagi sekarang. Jauh yang entah bila akan duk dekat-dekat lagi. Tak pe. Ada jodoh tak kan ke mana kan asalkan masing- masing saling mempercayai.
Ntah apa la aku nak muntahkan kat sini kan. Tapi yang aku tahu aku dah mula menghargai dia bila berjauhan gini kan.Tap, tap, tapi apa yang aku maksudkan kat atas tue bukan la before ni aku tak pernah menghargai dia kan. Kalau aku tak menghargai dia, dah lama aku chiow tinggalkan kiroro kan. Takde maknanya aku berada disisinya bertahun-tahun bila aku tak pernah menghargai kehadirannya. Maksud aku kat sini, menghargai bila sudah berjauhan okie!!
Ntah apa la yang kiroro gunakan kat aku kan sampaikan aku tak pandang kaum adam yang lain dah selama 3 tahun lebih ni. HAHA.. Minyak pengasih ke? Senyonyong ke? HAHA. Aper la cakap gitu kan. Tapi yang aku nampak dengan mata kepala aku sendiri, dia betul- betul ikhlas sayangkan aku. Auww..aper la nak gitaw kat public macam tue kan. Adat la bila bercinta mesti la ada perasaan sayang kan. Kalau tak sayang, bukan pasangan bercinta la tue.
Aku juga mula belajar erti kesabaran dalam bercinta. Ikhlas aku gitaw korang, before ni aku punya sikap kurang sabar ngan pasangan aku okie sehinggakan kiroro yang selalu mengalah bila ada perselisihan faham. Aku agak salute ngan dia sebab dia punya sikap penyabar yang tinggi dan sikap cepat mengalah. Kalau la aku dengan lelaki lain maybe dah lama aku kena tinggalkan kan sebab tak tahan ngan sikap baran aku. HAHA
Orang kata, bercinta jarak jauh ni memang banyak dugaan. Banyak dugaan ke weh? Aku rasa tak banyak la kan. Yer la dugaan yang aku tempuhi sekarang cuma berjauhan dengan kiroro jew. Before ni memang tiap minggu aku jumpa dia bila time hujung minggu, tapi sekang nan ado sudah gitu. Berbulan-bulan baru dapat jumpa. Cuma handphone jadi peneman setia kami. Maybe dorang cakap banyak dugaan maybe dorang tak percayakn pasangan dorang kot. Bercinta jarak jauh ni yang PALING penting kita perlu mempunyai sikap saling percaya ngan pasangan kita. Kalau takda sikap gitu, memang dah lama hubungan RETAK. Hah tue petua yang kiroro ajar kat aku.
Erks, terlamfau panjang plak entry jiwang aku, so time tue OFF MODE JIWANG. Zasss
p/s Mode Bila Cinta (OST LAGENDA BUDAK SETAN) berkumandang time aku ON kan mode jiwang aku.HAHA.