Pages

|The Comrades|

Showing posts with label kiroro. Show all posts
Showing posts with label kiroro. Show all posts

20 June 2012

Kiroro oh kiroro

Kesian kiroro. Abis semua wallet and hengphong dia hilang dek kerana kecuaian sendiri. Alkisahnya gini, weekend lepas kiroro n family lunch kat sebuah kedai. Ntah camner la dia boleh tak perasan yang diam tinggalkan barang dia atas kerusi jer.

No wonder la kan. Sampai rumah baru perasan yang semua tue takde. Go back to kedai, tanyer kat orang kedai, tak nampak. Hah bagus sangat la kan. Kalau nampak pun mesti dorang nak amek kan. Paling sayang henpong tue tak sampai setahun lagi dia pakai. Tambah2 hendpon yang sama2 kami dua beli last time.kesian sekali lagi.

Tapi dalam kesian tue, aku sempat panaskan telinga dia. Yer la dah dok berkali-kali pesan jangan tinggalkan barang gitu atas meja jer. Alih-alih omongan aku ni macam angin jer. Hah rasakan dah terkena. Selalunya dia tinggalkan barang tue atas meja, empunya diri pergi bayar or g toilet, aku ni yang jadi tukang kutip atas meja. Kalau time aku ado ok la jugak kan ada org nak tengokkan, ni sekarang aku takde.. Hah gitu la jadinya.

Akibatnya, tepaksa la buat report polis, buat ic, lesen, kad atm baru. Oh kesian sekali lagi. Hahaha.

To my kiroro, lain kali kalau orang nasihat, dengar jugak ek, jangan dengar cakap diri sendiri jer. Ecewah. Yang lain pun sama, jadikan iktibar. Ker korang lebih berhati-hati dari kiroro ni kan. Kiroro ni memang cuai bhai. Erks, takpe nanti aku berus dia lagi. Daaa...

- Posted using BlogPress from my iPad
Terima Kasih

09 April 2012

Review ABPBH 2012 semalam



woah review la sangat kan. Macam la aku ni aper sangat. Takpe, aku sajer sebab takde bahan nak update, tambah jemari aku gatal nak menaip.Kikiki



Semalam kan abang AA (Aaron Aziz ) rangkul Bintang Paling Popular 2012. Sentap mak bhai. Yer la aku kan mengharap Hafiz Awan Nano menang. Siap beat ngan kiroro lagi sapa akan amek bintang fofular tahun ni. Kiroro teka abang AA, aku pulak abang Awan Nano. Nengok2 abang AA yang menang, lagi la sentap terus off lampu tidoooo. Siap perli aku yang kalah teka lagi tue, Terus majok 5 saat.

Eh sikit nak mengingatkan balik ABPBH malam tadi kan. Aku nengok pembukaan macam konsert retis barat jer. Yerla dah semua lagu omputeh dorang bawak..Jangan la sentap kan. tue dari pandangan mata aku jer bhai.Lakonan Ombak Rindu pun perghhhhh, terkedu aku nengok Lisa. cuma aku tkot tetiba lisa gelak time menatap abang AA tue. hihi

Aku terpikat ngan cara pemakaian Fazura semalam. Pergh, kalo dah cantik pakai ape pun memang ngam kan. Dan aku tengok pakaian Dato Siti Nurhaliza macam besa2 jer. Hmmm..

Ok ni keputusan penuh senarai pemenang ABPBH 2012

1. Artis berkumpulan/duo popular – Jacqlyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
2. Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla
3. Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail
4. Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias
5. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato’ Sheila Majid
6. Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan Raja Lawak
7. Artis Baru Lelaki Popular – Johan As’ari
8. Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz. Di manakah pengundi Aaron Aziz?
9. Penyampai Radio Wanita Popular – Farah Fauzana
10. Pengacara TV Wanita Popular – Farah Fauzana
11. Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak
12. Anugerah Seri Perak – Dato’ Siti Nurhaliza
13. Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
14. Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
15. Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha
16. Pelakon Filem Wanita Popular – Maya Karin
17. Penyanyi Wanita Popular – Yuna
13. Bintang Paling Popular ABPBH2011 – Aaron Aziz

Ok2 tue jer, eh lupa nasib semalam hafiz tak guna seluar sukan lagi. hihihi

p/s So suwitt lisa surihani ngan Yusri semalam kan

Terima Kasih

01 December 2011

Bergolak-golak juga kadang- kadang

Bak kata pepatah hidup umpama roda kadang di atas kadang di bawah. Macam tue gak kehidupan kita manusia ni kan. Waseh bermadah helah aku hari ni *ada rasa macam nak lempang tak*

 

Macam tue gak dalam perhubungan kita kan tambah2 lagi hubungan jarak jauh macam aku ni yang memerlukan kesabaran yang tinggi dan kejujuran antara pasangan. Iewww geli jer dengar aku bermadah ni. Takpe sekali sekala kan. Tak best la kalo dalam perhubungan takde gado2 cakar2 ayam miaw2 kan. Opss!! Tapi kalau nak gado jangan la sampai menjejaskan perhubungan kan. Cukup la pergaduhan yang menhangatkan jer dalam hubungan. *ops apa aku tulis ni*

 

Baru jer minggu lepas ajak kiroro bergadoh. Sapa lagi kalao bukan aku yang mulakan. Alkisahnya gini

Aku: Awk, blh tak I boring dah kat U?

Kiroro: Apesal pulak nak boring2?

AKu: Suka2 jer

Kiroro: Betul ke?

Aku: Apa yang betul?

Kiroro: Betul ke dah boring ngan I?

Aku: A’ah!!

Kiroro: Berubah!!

 

Tettt.. terus takde jawapan dari aku. Niat mula memang nak sakat dia jer, tapi lepas tue terus jadi gadoh betul2 sampai diam jer 2 hari. Sapa lagi sang kiroro tue la.Aku ni yang panas bontot tak tahan nengok dia camgitu walaupun aku yang mulakan. So mula la adegan memujuk.

 

Aku: Syg, I mintak maaf kalao gurauan I hari tu keterlaluan k

KIroro: I pun nak minta maaf, I banyak kekurangan, I tak perfect, Sori buat U boring bersama I.

Aku: I gurau jer la syg, tak terniat pun nak boring kat U, U la nyawa I **eiwww macam nak muntah  jer cakap gitu. LArikkkk.HAHAHA**

Kiroro: Ok tak pe, lain kali kalao nak guro jangan guro yang camgitu, I sedih tau syg.

 

Ouh so sweet la kiroro ni kan bila nengok dia sedih. Paling suwittt bila dia kuarkan aekmata bila aku majuk. HAHAHA.Nasib baik simple jer nak pujok dia ni. Tapi tak boleh buat salu, kang terus majok, kuar aekmata darah lak aku nak pujok mamat ni nanti. HAHAHA

 

DSC01430

Oh Em Gi. I love you la boncettttt


Terima Kasih

22 August 2011

Mahal!! Tapi Puas Hati

Perhatian: Ini entry basik suda.. Entry peram la katakan. Aku ni kan suka peram pampam.HAHA.

Hari tu temankan kiroro berbuka kat luar. Destinasi yang dah dirancang tak lain tak bukan adalah tempat paberet bila tekak mengidam nak makan seafood. So pergi la topspot seafood sana.

Punya la terkejut bila nampak ramai giler orang choose tempat tue nak berbuka. Aku & kiroro apa lagi cepat-cepat reserve tempat duduk takot takde tempat. Ada lak gitu kan padahal tempat besar. Kali ni kiroro pilih stall lain. So, kami pilih 2 menu jer iaitu…. jeng jeng….

2011-08-14 19.07.41

Ini menu yang kiroro pilih. Ketam makanan paberet dia eventhough lelaki ini alergik dengan bendalah gini. Tapi tamak sampai order 6 ekor crab. Belum pun abis ketam dia makan, tangan pun mula gatal. Fadan muka dia kan…

2011-08-14 19.07.50

Aku pulak order kerang masak kicap.. Paberet aku bhaiii.. Aku sorang yang ngap ni. 2 3 biji jer bagi kiroro makan. Kezekut giler kan. Sedap giler weh.. Rasa macam nak order lagi sambil hisap gitu..

Sebenarnya aku order lagi satu.Aku order sayur campur. Tapi sayur campur macam hampeh jer. Tak sedap..So aku malas la nak snap. Aku snap makanan sedap jer. HAHA

Aku rasa sejam kot kami dua mengenyangkan perut kat sana sampai orang kat meja sebelah pun pelik nampak kami dua lama giler. HAHA. Dah la kiroro laju giler jer makan ketam-ketamnya tue. Aku lak tak sempat. Yer la kena la kontrol sikit makan. HAHA.

Ok dah kenyang, tiba masa nak bayar. Uolls tahu berapa semua?? RM94.00 bhaii.. Mak ai mahal giler. Aku ingat lagi kami makan kat situ gak tapi stall berlainan, rega tak la semahal tue sebab masa tue kami order ikan, ketam, ketang, sayur baru RM50++ jer. Tapi ni 3 jenis jer mak ai mau ke RM100. Belom lagi order ikan. Huh..

Tapi takpe asal puas kan.. Bayaran of coz la sharing- sharing. Aku malas nak biarkan kiroro sorang bayo. Kang makin botak kepala mamat ni. Give and take la konon kan. Baru best nak berbelanja. HEHEHE


Terima Kasih

28 July 2011

Pelengkap hidupku

Tetiba mood fall in love datang kembali bila dengar lagu ni. Paling tak boleh blah sebelum ni tak pernah pun dengar lagu ni. Pergh, ingatkan tak best, tapi sekali dengar terus rasa macam nak kawen dengan anak raja.Phewww, pelengkap hidupku. Yang paling penting lirik tak boleh nak menandingi mana² lagu lain. HAHAHA, tercabar la penulis lirik lepas ni.

Sebenarnya lagu tue enckik kiroro yang kasi kat aku. Aternya, lagu khas buatmu. Adeh jiwang kan pakcik ni <blink> sila jangan muntah depan aku</blink>. Ala sekali sekala apa salahnya.

Yang paling best lagu ni lirik betul² menginsafkan diri aku bhai. Yer la.. Duhal ada gak yang ikhlas menyayangi & memerlukan aku ni kan. Sapa la aku ni bhaiiii. Penyanyi memang la aku tak pernah dengar.Eren & Romi. Maybe anggota kangen band kot. Aku ni mana la nak kenal sangat dorang ni. Sangat kolot aku kan

Antara lirik² lagu ni ada la sikit cam gini ek

Peluk erat jasadku jangan lepaskan
Tetaplah kau di sini arungi malam
Karena hanya dirimu belahan jiwa
Pelengkapku di dunia

Hah camner uolls? Ada cair tak hati bila hayati bait² lagu ni betol². Uolls search jer kay YOUTUBE kalau nak dengar lagu ni. Kemalasan aku dah datang dah nak upload kat sini. SOrry yer

notatangan: Eh, no boundries lak


Terima Kasih

11 May 2011

Cek ke-2 Nuffnang



Ouh My Gucci! erk..ape kes ke tiba² je nak OMG kan. Ce cite ce cite...Woraiitttt.

Aku tak sabar nak dapat cek ke-2 dari nuffnang ni coz ari tue aku dah gatal tangan dok cashout earning. HAHAH. Walaupun kali ini agak ciput, at least ada gak cikit kan untuk berfoya². Berfoya la sangat kan. Mesti lama giler tunggu cek sampai ni kan coz aku punya status tak geli² dah. Aku nyer status Ordinary sebab mengatal nak menduakan nuffnang. Takpe.. Mana rezeki lebih, kat situ grab. Kata Grab the Opportunity kan. So grab la ni.HAHA

Sila zoom kalau kurang nampak yer. Hah, kan aku kata earning aku cikai jer..Cukup makan jer bak kata orang. Tak macam otai² kite kan yang dapat beriban tiap bulan. Erk ni yang jeles ni.Takpe, bulan ni nak usaha lebih sebab mood untuk berblog dah melimpah ruah ni.

notatangan:layan Hotfm babe sambil cannot wait untuk jumpa Mr Kiroro kan.Lama giler tak jumpa babe.boleh meroyan aku.
Terima Kasih

01 November 2010

Kesabaran itu satu Kesetiaan|Ngexz

Bila berjauhan baru la mula nak itu dan ini kan. Bila duduk dekat-dekat, gaduh sana sini kan. Amacam yang aku katakan atas tue ada terkena batang hidung korang tak? Betul kan apa aku cakap ni? Bila jauh baru nak kata rindu la, tak dapat berjauhan la. Dan mula la buruk sangka kat pasangan masing- masing kata curang la, tak sayang dia lagi la, ada perempuan/ lelaki lain la.

Lumrah la kan bila bercinta- cintun. Auwww… Firstly, sila jangan muntah dengan entry aku kali ini yang agak jiwang okie coz aku tengah ON MODE JIWANG sekarang. HAHA. Yerla aku kan dah mula berjauhan dengan Kiroro lagi sekarang. Jauh yang entah bila akan duk dekat-dekat lagi. Tak pe. Ada jodoh tak kan ke mana kan asalkan masing- masing saling mempercayai.

Ntah apa la aku nak muntahkan kat sini kan. Tapi yang aku tahu aku dah mula menghargai dia bila berjauhan gini kan.Tap, tap, tapi apa yang aku maksudkan kat atas tue bukan la before ni aku tak pernah menghargai dia kan. Kalau aku tak menghargai dia, dah lama aku chiow tinggalkan kiroro kan. Takde maknanya aku berada disisinya bertahun-tahun bila aku tak pernah menghargai kehadirannya. Maksud aku kat sini, menghargai bila sudah berjauhan okie!!

Ntah apa la yang kiroro gunakan kat aku kan sampaikan aku tak pandang kaum adam yang lain dah selama 3 tahun lebih ni. HAHA.. Minyak pengasih ke? Senyonyong ke? HAHA. Aper la cakap gitu kan. Tapi yang aku nampak dengan mata kepala aku sendiri, dia betul- betul ikhlas sayangkan aku. Auww..aper la nak gitaw kat public macam tue kan. Adat la bila bercinta mesti la ada perasaan sayang kan. Kalau tak sayang, bukan pasangan bercinta la tue.

Aku juga mula belajar erti kesabaran dalam bercinta. Ikhlas aku gitaw korang, before ni aku punya sikap kurang sabar ngan pasangan aku okie sehinggakan kiroro yang selalu mengalah bila ada perselisihan faham. Aku agak salute ngan dia sebab dia punya sikap penyabar yang tinggi dan sikap cepat mengalah. Kalau la aku dengan lelaki lain maybe dah lama aku kena tinggalkan kan sebab tak tahan ngan sikap baran aku. HAHA

Orang kata, bercinta jarak jauh ni memang banyak dugaan. Banyak dugaan ke weh? Aku rasa tak banyak la kan. Yer la dugaan yang aku tempuhi sekarang cuma berjauhan dengan kiroro jew. Before ni memang tiap minggu aku jumpa dia bila time hujung minggu, tapi sekang nan ado sudah gitu. Berbulan-bulan baru dapat jumpa. Cuma handphone jadi peneman setia kami. Maybe dorang cakap banyak dugaan maybe dorang tak percayakn pasangan dorang kot. Bercinta jarak jauh ni yang PALING penting kita perlu mempunyai sikap saling percaya ngan pasangan kita. Kalau takda sikap gitu, memang dah lama hubungan RETAK. Hah tue petua yang kiroro ajar kat aku.

Erks, terlamfau panjang plak entry jiwang aku, so time tue OFF MODE JIWANG. Zasss

p/s Mode Bila Cinta (OST LAGENDA BUDAK SETAN) berkumandang time aku ON kan mode jiwang aku.HAHA.


Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign