Pages

|The Comrades|

Showing posts with label khairul Fahmi. Show all posts
Showing posts with label khairul Fahmi. Show all posts

06 August 2011

Kenapa nak heboh-hebohkan ko bercinta? Ko sorang ke gitu?

**Ko retis tak? Bila ko artis sila jangan baca entry ni. Tak sesuwei**

Kadang rasa macam hell jer kan bila ada orang kata apesal nak jaja kisah percintaan, perkahwinan ko dalam blog? Ingat ko pames ke nak jaja suruh orang baca. Eh² aku nak tanya dulu, ada orang suruh ko baca tak pasal blog orang? Takkan. Itu atas kerelaan ko sendiri kan yang jadi silent reader konon.

Honestly aku tak setuju 100% bila ada orang kata macam ko sorang je yang bercinta dalam dunia ni sampai nak jaja semua kisah percintaan ko yang super duper switttt. Bagi aku, aku punya blog, aku punya suka la nak tulis apa kan. Uolls setuju tak? Ada ke idok orang baca, I tak kisah. Yang penting aku luahkan semua kat sini kan. Yer dak?

Paling tak boleh blah bila ada yang bagi buku lali kat kita bila ada pergolakan mahupun pergaduhan dalam hubungan. Ok contoh macam gini. “ Hah rasakan, kan dah bercerai, putus tunang. Sapa suruh jaja boyfwen/girlfwen ko dalam blog. Hah jaja lagi betapa romantiknya percintaan uolls”".

Hellooooo plissshhh la. AKu bukan artis la. Kalau aku artis tadi maybe ada tergugat sikit kot bila ceritakan perhubungan kat public. Yer tak? Yer la kita ni kan orang besa je. Tak pames mana pun. Takde sapanya yang nak rampas² kekasih ko tue macam retis. Lainla memang kekasih ko memang gatal.

x1pjzF2-RYhxRWe9URt3AnnlqV9-FOKGHo2juIqNN1QN9RuUrngSA-ufsZsg0lpLKGhEq-yH00UiFyckgJwcxK6sqLYWblipJ

**gambar sekadar hiasan** Yang penting bukan daku

Kalo pames macam Khairul Fahmi, Jimmy, Ally Iskandar boleh gak nak jaja² kat public kan. Ni tak… Kita hanya insan biasa la bhai. Salute ngan Ally takde pun nak gembar gemburkan pasal putus tunang.Ke ko yang menyebabkan Ally tue putus? Ko tahu tak? Hah.. Takde pun dia hebohkan pasal kisah dia bercinta dulu kan kat public. So kat sini, takda istilah ko dedahkan kisah perhubungan percintaan ko kat public, so ada orang terus nak sabotaj ala² rampas kekasih ko.

Si sepet ngan buah hatinya dok jaja kisah romantika dorang berkapel takde pun putus ke benda. Persoalannya kat sini, ko jenis yang cepat cair ke? Jadi, takde masalah ke ape kalo ko nak jaja ke ape kisah peribadi ko kat sini selagi ko rasa kisah tue ko nak kongsi kat public. Ko tengok Redmummy dok jaja kisah dia and keluarganya lagi la dahsyat sampaikan dia reveal keburukan maid dia si fifin. Hah! Ada ko fedulik? Blogger pames tue bhai..  Bila ko rasa kisah tue terlalu privasi nang dishare, baru la ko buat PRIVATE AND CONFIDENTIAL.

Ala tue pun nak diajar gak ke.Hah kan aku dah popek panjang dah.

-Daaaaa-


Terima Kasih

03 August 2011

10 isu berkenaan Khairul Fahmi dan Elia Putus Tunang

Memang tip top la dorang ni kan sampaikan menjadi buruan media. Malah hari tue pun jadi muka depan majalah kisah putus tunang dorang ni.Previous entry aku ada share keterangan yang diberi Elia dan Khairul Fahmi.

Harap-harap dengan penerangan 10 isu yang dianjurkan oleh pihak MURAI dapat menepis segala tohmahan yang dilemparkan kepada kedua-dua belah pihak. Thank to Beatifulnara dan andyhowtt  atas info ni

khairulfahmisedih

  • Keputusan nekad putus tunang

Sebenarnya keputusan saya mahu putuskan tali pertunangan dengan Elia, bukanlah keputusan yang dibuat secara terburu-buru. Saya sendiri sudah pun berbincang dengan keluarga saya. Malah, saya sendiri ada menghubungi Elia untuk berbincangkan tentang keputusan penting ini.

Namun, Elia seakan tidak memberikan sebarang kata-kata sama ada mahu atau tidak. Dia memberikan tanda tanya kepada saya. Terpulanglah jikalau dia mengatakan saya tidak ada berbincang dengannya.

Insya Allah, dalam masa terdekat ini keluarga saya akan datang berjumpa dengan keluarga dia untuk mengesahkan perkara ini dengan lebih rasmi. Apapun, saya memohon maaf andaikata keputusan ini menyinggung hati banyak pihak. Saya merasakan ini adalah keputusan yang terbaik buat Elia, saya, keluarga dan sesiapa saja yang terlibat secara langsung atau tidak.

  • Tidak ada kena mengena dengan orang ketiga

Sudah pun saya jelaskan sebelum ini, keputusan putus tunang tiada kena mengena dengan orang ketiga. Apatah lagi dengan wanita yang bernama Dahlia itu. Saya mengaku memang saya berkawan dengan Dahlia. Namun hubungan saya tidak lebih sebagai abang dan adik. Lagi pun, Dahlia adalah kawan sekampung saya. Umur dia baru saja 18 tahun. Saya pun rapat dengan famili Dahlia dan menganggap mereka sebagai keluarga angkat.

Minta maaf semua kerana saya tak boleh nak jelaskan lebih panjang tentang kes orang ketiga ini. Saya takut, jika makin saya buka mulut perkara yang tidak sepatutnya diketahui umum tersebar tanpa pengetahuan saya. Malah, saya tak mahu orang berprasangka buruk lagi terhadap kami berdua. Cukuplah sampai di sini saja. Saya tak mahu aibkan orang. Biarlah saya telan sendiri kepahitan yang menghantui diri saya ini. Apapun, saya berterima kasih kepada pihak yang mengambil berat tentang diri saya terutama sekali pihak media.

  • Kaki perempuan

Sebaik saja saya mendengar dakwaan tentang saya ni kaki perempuan, saya nak tergelak dan tertanya-tanya bagaimana cerita sebegini boleh tersebar. Setiap hari, jadual saya sibuk dengan latihan bola sepak sehinggakan saya tiada masa untuk bersosial bersama dengan rakan-rakan rapat. Sampaikan saya tiada masa untuk pulang ke kampung. Malah, bila saya diberikan cuti, saya lebih gemar pulang ke kampung dan berehat bersama keluarga di Kelantan.

Tentang gambar-gambar saya dengan perempuan yang tersebar itu, saya hanya boleh cakap, ada antara wanita dalam gambar itu saya sendiri tak kenal siapa namanya melainkan dia adalah kawan saya. Saya cuma tahu wanita-wanita itu adalah peminat saya yang menyokong karier saya sebagai penjaga gol kebangsaan.

Saya boleh mengaku, adakala saya keluar dengan teman perempuan lain selain Elia tetapi waktu itu saya keluar beramai-ramai bersama kawan saya yang lain. Mungkin, jika ada orang ternampak saya keluar berdua saja kerana waktu itu kawan saya yang datang bersama pergi ke tempat lain. Jadi, ia secara kebetulan saja. Apapun, salah ke saya ni nak keluarga berbual dengan perempuan. Sebagai umat Islam, saya tahu batas pergaulan lelaki dan perempuan.

  • Isu facebook

Disebabkan terlalu sibuk, saya sendiri tiada masa untuk mengemas kini facebook saya. Untuk pengetahuan semua, sekarang ini facebook saya tidak lagi diaktifkan bukanlah kerana saya. Saya sendiri tak tahu akaun saya sudah tiada lagi. Apa yang saya tahu, akaun Facebook saya sudah pun dihacked.

Jadi, saya minta kepada semua penyokong saya, agar jangan terlalu mempercayai apa yang tertulis di ruangan facebook itu. Sekarang ini, saya masih belum berkesempatan untuk membuat akaun baru. Insya-Allah, bila masa sesuai, saya akan mewar-warkan pada semua tentang akaun facebook saya yang baru

 

  • Tidak menjawab panggilan telefon dari Elia

Saya tidak pernah sekali pun mengelak panggilan telefon dari Elia. Mungkin jua, masa dia menelefon saya waktu itu, saya sedang sibuk dengan latihan dan perbincangan. Terus-terang, komitmen saya makin besar. Mungkin, apa yang Elia sampaikan itu adalah salah faham saja. Sebelum saya membuat keputusan menghubungi media Jumaat lalu (29 Julai 2011), saya memang ada menelefonnya.

  • Campurtangan pihak keluarga

Untuk memilih siapakah yang bakal menjadi suri dalam hidup kita perlulah menitik beratkan banyak perkara. Jadi, saya tidak boleh pentingkan diri sendiri. Sungguhpun saya dah berkahwin nanti, sebagai lelaki, tanggungjawab saya lebih besar pada keluarga.

Memang benar, apa yang berlaku sebelum ini ada melibatkan campurtangan dari kedua-dua belah pihak. Namun, biarlah saya seorang saja yang tahu. Sekali lagi, saya tak mahu mengaibkan orang lain. Saya hanya mampu melafazkan terima kasih kerana mereka sangat mengambil berat tentang saya

 

  • Skandal dengan Elia

Semua tuduhan ini adalah fitnah semata-mata. Saya tidak pernah membuat semua perkara ini. Malah, saya bukanlah kekasih baru Dahlia atau pun Sugar Daddy kepada Dahlia. Saya tidak pernah membelikannya kasut baru. Malah, saya sendiri tak ada pun memberikan kereta lama saya pada Dahlia. Kereta itu ada pada kakak saya dan kereta tersebut adalah kereta lama saya sebelum saya beli kereta baru. Kereta itu pun atas nama kakak saya bukan saya.

  • Lupa Diri

Sebagai hamba Allah, kita tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jika benar orang mendakwa dan lihat saya ni sudah lupa diri, saya minta maaf. Namun, sebagai manusia yang ada pendirian, saya rasa saya masih lagi Apex yang dulu. Insan dicipta tidak sempurna. Adakala manusia tidak sedar adakah perkara itu benar atau pun salah. Kadang-kala perkara itu benar bagi saya tetapi tidak bagi orang lain.

Apa yang saya tahu, saya bukan Apex yang dulu sebab kini ramai yang yang mual kenali diri saya. Saya tahu ini adalah tanggungjawab yang diberikan kepada saya. InsyaAllah, saya akan pikul tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Namun, saya tahu bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Apa yang saya boleh lakukan, hanya melakukan sesuatu yang boleh mengharumkan nama negara ke peringkat lebih tinggi.

 

  • Gila glamour dan cari publisiti murahan

Saya bukan gila glamor dan cari publisiti murahan. Apa yang saya peroleh sekarang ini adalah hasil penghormatan ikhlas dari anda semua. Saya tak pernah pun terhegeh-hegeh untuk cari populariti. Saya hanya laksanakan tugasan saya sebagai penjaga gol kebangsaan.

Keputusan putus tunang ini pun diberitahu media kerana saya tahu, media adalah orang terdekat yang boleh memberitahu kepada semua orang cerita sebenar saya. Saya mahu berlaku adil pada diri saya, keluarga saya, keluarga Elia dan semua penyokong saya.

 

  • Memohon Maaf

Saya masih belum berjaya lagi. Saya masih lagi berusaha untuk menjadi terbaik. Kalau boleh saya mahu cipta sejarah baru. Apapun, saya tidak akan lokek untuk meminta maaf andaikata perkara yang berbangkit ini datang dari kesilapan saya. Mungkin, waktu itu saya tak sedar apa yang saya katakan sebelum ini membuatkan hati orang lain terluka. Saya hanya mampu meminta maaf. Tak kisahlah sebesar zarah seseorang itu melakukan kesalahan, sebagai makhluk yang dicipta Allah, meminta maaf adalah jalan terbaik.Saya harap, semua dapat terima dengan segala penjelasan ini.

Selepas ini, saya mahu terus berbakti kepada negara dan mahu lebih fokus pada karier. Namun, saya tahu saya tak boleh lari dari berkongsi kisah peribadi saya. Insya-Allah, jika perlu saya akan berkongsi. Kepada pihak media yang lain, saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan kerjasama. Saya terharu dengan keprihatinan anda semua. Saya tahu, anda semua hanya melakukan tugasan anda. Kalau saya ditempat anda, mungkin jua saya melakukan perkara yang sama. Sekali lagi, saya minta maaf kepada semua dan terima kasih kerana menyokong saya tanpa putus.

 

Diharap segala kenyataan yang telah nyatakan diatas dapat memberi penjelasan kepada penyokong Apek dan peminatnya.


Terima Kasih

01 August 2011

Kenyataan Khairul Fahmi Che Mat berhubun Putus Tunang dengan Elia Jejari Runcing

Bukan nak memperbesarkan masalah dorang ni, tapi sekadar nak berkongsi dengan peminat Apek kan.. Apa² pun sama² kita amik iktibar daripada mereka

khairulfahmieliaputustunang

Berikut adalah kenyataan Khairul Fahmi a.k.a Apek di Harian Metro:-

Sebenarnya saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan. Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya. Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Selain itu ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wartawan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang wartawan. Jadi tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.

Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannnya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi macam mana cerita ini boleh timbul?

Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan dan kata-kata kesat. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.

Selain itu timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan makcik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggikan suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.

Mungkin kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.

Terus terang saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami. Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

Lagipun masalah antara kami memang sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.

Ramai juga yang mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier saya sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun saya masih muda. Banyak perkara yang saya perlu pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.

Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.

Hah, uolls dah baca kan pengakuan sendiri Khairul Fahmi. Jangan ada yang salah faham lepas ni dah


Terima Kasih

Elia terkejut Apek putuskan pertunangan dan tetap salahkan orang ketiga

Hari ni terkejut besar nengok entry berkenaan Khairul Fahmi Che Mat & Elia sah PUTUS TUNANG kat blog member. Nape la jadi cam gini akhirnya kan. Aku tak sangka pun dorang ni last² amik keputusan gini. Ingat lagi tak aku pernah wat entry berkenaan dengan hubungan diorang ni yang mana Khairul Fahmi digosipkan ada skandal dengan perempuan lain. Hah cilok jer entry ni kalo tak tahu

khairullfahmiputustunang

Ok, ni kenyataan dorang yang telah dikeluarkan Harian Metro berkenaan dengan hubungan dorang.

Ni kenyatan daripada Elia jejari runcing

“Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.

 

Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.

 

“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.

 

“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.

 

Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan’ dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.

 

“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.

 

Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.

 

“Saya menelefonnya untuk mendapatkan kepastian dan memintanya berterus terang, namun dia enggan berbuat demikian. Dia cuma beritahu ada masalah dan akan bincang dengan keluarganya.

 

“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,” katanya.

 

Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).

“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,” katanya.

Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.

 

Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,” katanya.

Fuh, macam² kan. Paling mengejutkan lagi berita putus tunang dorang ni menjadi bualan peminat Apek ni. Apa² pun moga dorang tabah je menghadapi dugaan ni.

notatangan: i like Apek sebab banya membantu pintu gol Malaysia daripada dibolosi Singapura eventhough Malaysia kalah kan.


Terima Kasih

28 July 2011

Khairul Fahmi Che Mat ada skandal lain?

Wow! Melatop jer bunyi tajuk kat atas kan. Sapa tak kenal Khairul Fahmi a.k.a Apek ni sila sembunyi cepat. Uolls pun dah tahu Apek ni dah ada tunang kan. Yang baru tunang hari tue ngan Aimie Harmelia. Paling kuat lagi aku tengok kat blog tunang Apek ni, dia luahkan perasaan dia melalui doa agar hubungan dorang baik sedia kala.

Baru² ni aku terciom bau gosip sangat hot bahawa Apek ni ada skandal ngan perempuan ni hah

dahliateck

Adeh, camer la boleh jadi cam gini kan? Kalau sapa yang ikuti perkembangan Apek & tunangnya dari dulu, kapel ni memang sweet giler bhai.. Yer la macam takde masalah jer. Tup², tak lama lepas bertunang dorang dilanda gosip cam gini. Apa keheynyerrr?

dahliateck3

Kalau betul la gosip ni, memang lupa asal usul la si Apek ni kan. Yer la bila dah pames semua lupa. Dan kalau nak ditengok² kan, aku sokong lagi Apek ngan tunang dia sekarang berbandind yang dalam gambo tue, Macam sosial jer perempuan tue.

Apa² pun kita sama² la berdoa agar hubungan Apek & tunangnya pulih sediakala.Paling penting malam ni Singapura vs Malaysia, janganla masalah ni beri efek kepada perlawanan penting Harimau Malaya malam ni kan. Yer la kot² Apek tak concentrate. HEHE.

notatangan: Sapa pergi stadium malam ni? Aku tengok dari TV jer


Terima Kasih

30 December 2010

Khairul Fahmi Che Mat Sudah Berpunya Dowh




Auw.. Amacam tekak korang hari ini? Dah tak sakit lagi ke? Ke terus hilang sora tue. Hari ni aku dengan gagahnya bertemu Mr Google untuk menyelongkar latar belakang hero malaya. Sapa lagi kalo bukan goalkepper terbaek Malaya Khairul Fahmi Che Mat.

Aku tak nak popek panjang giler dah sebab aku dah tak sabo nak tunjuk kat korang awek Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek. Nama dia Elia. Pagi tadi aku sempat tengok Fafau menyelongkar blog kekasih hati Apek ni. Pergh memang berdesup blog awek dia pames. Korang nak tengok gak ke.. Tak perlu jer la. Alalala yo la yo la meh aku share kat korang.

Hah ni la muka awek si apek. Korang g la selongkar sendiri blog awek si apek ni k.Hah ni pulak Facebook Fan Club si Apek

Nama Apek ni memang terus naik mencanak selepas Malaysia menang Piala Suzuki AFF Cup. Kalo tak caya cuba korang check kat analisis google. Silap-silap artis Luna Maya pun kalah kena taw. HAHA.

Sedikit info tentang Apek. Dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 7 Januari 1989. Tahun ini Apek baru berusia 21 tahun. Apek mempunyai darah campuran Melayu + Cina. Apek adalah penjaga gol terbaik untuk Liga Super bagi tahun 2010. Apek tidak diturunkan untuk perlawanan peringkat kumpulan menentang Indonesia di mana Indonesia membelasah Malaysia 5-1.Kalau Apek diturunkan time ni mesti Malaysia tak kalah teruk kan.Tapi tak pe Malaysia kan dah menjulang Piala Suzuki.
Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign