Pages

|The Comrades|

Showing posts with label sepet. Show all posts
Showing posts with label sepet. Show all posts

12 July 2012

Handbag baru yer kiroro

Malam tadi bercalling ngan incik kiroro. Yerla kan dah nama perhubungan jarak jauh memang patot pun hendpon peneman siang dan malam. Silap hari bulan masuk toilet pun bawak hendpon.Ish takde la sampai gitu sekali kan. Nasib baik la aku ni jenis memahami sikit. *kununjertu* padahal dalam hati meronta-ronta nak dekat selalu. HAHAHA.

Time borak ngan kiroro sempat gak bisikkan pasal benda ni hah.

ngexz: Nanti belikan kite handbag baru k.
kiroro: Handbag lama mana? Takkan dah rosak
ngexz: Dah rosak la. Kalo tak rosak takde la suruh beli handbag baru.*padahal handbag masih ok*
kiroro: Ok, tapi tunggu kita jumpa nanti kite belikan k.
ngexz: Lorr, kite jumpa lama lagi la, kite nak sekarang jugak *hampehjerkan*
kiroro: Dah jumpa beg yang berkenan ke?
ngexz: Dah, kat blog sepetshop tue ek.
kiroro: EH beli online lagi, nanti kena tipu lagi.
ngexz: Takkan kena tipu la sebab kite salu jer beli barang dari sepetshop.
kiroro: Yer la yer la, nanti la
ngexz: horray!!!!! sayang ketat-ketat.

HAHAHA hampeh jer kata gitu kan. Bukan apa dia takut kena tipu lagi tue, sebab dulu aku pernah beli online, barang tak sampai sehingga ke hari ni, aku dah bank in RM200 lak tue. Sebab tue dah lali sangat. Dia apatah lagi pasal online- online ni memang dia semua fikir negatif. Aku ni jer yang terlebih percaya.

Tapi takpe Sepetshop memang aku dah kenal sangat walaupun bukan kenal face to face. Tapi aku tahu, kalau dia nipu kan dapat jer mencari sampai ke lobang hidung. HAHA. keji kan. *maaf yer sepet, nanti tak bagi diskaun lagi. kikiki

Terima Kasih

05 July 2012

Tiap hari skodeng blog ni

Mak ai keji giler tabiat aku hari ni. Sempat post entry ni time dalam ofis. Apa punye pekerja la kan. Yer la time ni gak idea aku datang nak menaip. Nah!! Rasakan berdesup aku taip terus tanpa merangka.

Actually lama dah aku nak taip entry ni tapi selalu jer bertangguh. Kebelakangan ni aku selalu follow entry terbaru abang ben ni. Eh abang ben sape? Sekeh kang kalau uolls tak tahu. Cer klik link ni hah benashaari. Hahh ni la blog yang aku wajib terjah tiap hari tak kira pagi ke tengahari aku. Dulu ada gak aku follow blog abang ben ni. Yer la blog ni kan salah satu blog pames kat dunia social dari dulu dah. Mula aku follow blog ni dulu, qhaliff belum wujud lagi. Sapa pulak qhaliff ni? Hah gi la terjah blog abg ben sekarang. Kikiki
Dan dan blog yang aku tak lupa nak terjah pulak adalahhhhhhhh blog redmummy hah. Sapa tak kenal ngan diva merah ni memang tak up to date la bhai.. Seantero dah kenal. Eh sampai gitu sekali aku cakap kan. Betul aperrrr. Aku suka baca entry pasal zeeshan dia tue. Zeeshan adalah redbaby dia hah. Terjah la sana.



Eh baru aku perasan, kebelakangan ni aku suka baca entry pasal budak techik kan..ehem2, macam ada bau nak ke arah tue jer aku ni kan. Ehek2 malu mak nokkkk. Belum lagi ni, tunggu orang pinang jer. Hahaha. Mati la aku kalau kiroro baca ni, mau nyer aku terpaksa pujuk bermati-matian kelak. Haha..
Ada lagi blog yang aku wajib terjah tiap hari ni macam blog sepet, viruspadu, ceeramoon. Hah ketiga-tiga blog ni blog adik beradik taw. Aku suka baca blog dorang ni. Macam suwit jer baca siap gelak-gelak.

Eh blog haniszalikha macam lama tak update kan. Bizi kot dia. Yang ni pun aku minat baca. Blog Zie Madini pun aku minat. Kak zie ni tak lama lagi nk beranak. Mesti muka anak dia tomey macam dia nanti kan. Tak sabo nak tengok muka anak dia.
Eh, ada lagi blog pasal anak yang aku suka ni. Adoyai, tak sengaja la bhai. Dah blog dorang yang aku suka follow. So kira tak sengaja la kan. Hahhaa. Hurm, curi-curi taip entry time keje ni macam tak best jer kan, yer la mata kiri kanan tengok takut bos nampak. #macam ney la kak zie boleh buat entry time keje eh. Dah la dia salu busy kat ofis. Memang giler berblogging la kitak kak zie. Kikiki
- Posted using BlogPress from my iPad


Terima Kasih

17 August 2011

Contest Cik Sepet sempena Hari Raya

----> Ini entry sticky mode. Scroll down untuk lihat entry terbaru <-----

Eww, dari hari tue dah dok usha² nak join contest sepet ni. Tapi tangan bukan main malas nak menaip. Nah amek ko hari ini aku over rajin nak menaip. Ko ado? HAHA. Orait aku nak mewar² kan uolls ni yang sepet ada anjurkan satu contest kat blogshop dia ni taw. Rugi sapa tak join sebab hadiah menarik giler vaveng. Syarat nak join pun senang giler.

Saya sudah mengikuti syarat contest.. yezaaa

1. Jadi FOLLOWER kat sepet shop ------> Aku dah lama jadi follower dia. Buktinya…

follower

Kalau tak caya lagi ni satu lagi bukti

cats

2. “ Saya mahu menang kerana saya tersangat la fall in lurve dengan hadiah pertama walaupun peluang untuk mendapat LIKE yang banyak amat la tipis. Tapi saya tetap jugak mahu menerai menjoinkan diri. Boleh ke gitu? HAHA. Ok, siyes k. Saya mahu menang sebab saya nak hadiah birthday saya yang kali ni Sepet yang bagi walaupun sebulan lagi iaitu 16 September nanti. Bole la bole la. -----> DONE

3. Hantar link entry contest kat link contest SAHAJA.----> DONE

4. Blog wajib ada button LIKE Facebook sebab entry paling banyak like dia akan jadi pemenang. So uolls rajin² la Like entry saya k.. Plishhh ----> DONE

Huh.. Habis dah syarat² aku follow. Lepas ni aku nak mohon jasa baik uolls, tolong² la kasi aku menang kali ni k. Lop u uolls ketat²

DSC09369

Aku terlampau berkenan dengan beg yang ini…. Tulunnn..

-Sekian


Terima Kasih

06 August 2011

Kenapa nak heboh-hebohkan ko bercinta? Ko sorang ke gitu?

**Ko retis tak? Bila ko artis sila jangan baca entry ni. Tak sesuwei**

Kadang rasa macam hell jer kan bila ada orang kata apesal nak jaja kisah percintaan, perkahwinan ko dalam blog? Ingat ko pames ke nak jaja suruh orang baca. Eh² aku nak tanya dulu, ada orang suruh ko baca tak pasal blog orang? Takkan. Itu atas kerelaan ko sendiri kan yang jadi silent reader konon.

Honestly aku tak setuju 100% bila ada orang kata macam ko sorang je yang bercinta dalam dunia ni sampai nak jaja semua kisah percintaan ko yang super duper switttt. Bagi aku, aku punya blog, aku punya suka la nak tulis apa kan. Uolls setuju tak? Ada ke idok orang baca, I tak kisah. Yang penting aku luahkan semua kat sini kan. Yer dak?

Paling tak boleh blah bila ada yang bagi buku lali kat kita bila ada pergolakan mahupun pergaduhan dalam hubungan. Ok contoh macam gini. “ Hah rasakan, kan dah bercerai, putus tunang. Sapa suruh jaja boyfwen/girlfwen ko dalam blog. Hah jaja lagi betapa romantiknya percintaan uolls”".

Hellooooo plissshhh la. AKu bukan artis la. Kalau aku artis tadi maybe ada tergugat sikit kot bila ceritakan perhubungan kat public. Yer tak? Yer la kita ni kan orang besa je. Tak pames mana pun. Takde sapanya yang nak rampas² kekasih ko tue macam retis. Lainla memang kekasih ko memang gatal.

x1pjzF2-RYhxRWe9URt3AnnlqV9-FOKGHo2juIqNN1QN9RuUrngSA-ufsZsg0lpLKGhEq-yH00UiFyckgJwcxK6sqLYWblipJ

**gambar sekadar hiasan** Yang penting bukan daku

Kalo pames macam Khairul Fahmi, Jimmy, Ally Iskandar boleh gak nak jaja² kat public kan. Ni tak… Kita hanya insan biasa la bhai. Salute ngan Ally takde pun nak gembar gemburkan pasal putus tunang.Ke ko yang menyebabkan Ally tue putus? Ko tahu tak? Hah.. Takde pun dia hebohkan pasal kisah dia bercinta dulu kan kat public. So kat sini, takda istilah ko dedahkan kisah perhubungan percintaan ko kat public, so ada orang terus nak sabotaj ala² rampas kekasih ko.

Si sepet ngan buah hatinya dok jaja kisah romantika dorang berkapel takde pun putus ke benda. Persoalannya kat sini, ko jenis yang cepat cair ke? Jadi, takde masalah ke ape kalo ko nak jaja ke ape kisah peribadi ko kat sini selagi ko rasa kisah tue ko nak kongsi kat public. Ko tengok Redmummy dok jaja kisah dia and keluarganya lagi la dahsyat sampaikan dia reveal keburukan maid dia si fifin. Hah! Ada ko fedulik? Blogger pames tue bhai..  Bila ko rasa kisah tue terlalu privasi nang dishare, baru la ko buat PRIVATE AND CONFIDENTIAL.

Ala tue pun nak diajar gak ke.Hah kan aku dah popek panjang dah.

-Daaaaa-


Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign