Pages

|The Comrades|

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

26 May 2010

Mayat Bayi ditanam ditemui


Lagi- lagi kes pembuangan bayi. Apa nak jadi masyarakat kita pada hari ini. Memang tidak pernah wujud rasa belas kasihan dalam diri mereka sehingga sanggup membunuh darah dagin sendiri. Malam tadi ngexz tengok lagi berita berkenaan dengan penemuan seorang lagi bayi yang ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa.

Mayat bayi malang tersebut dijumpai seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad(KTMB) yang dibalut dengan kain lampin di dalam sebuah kubur kecil yang baru digali. Jahanam la orang yang melakukan perkara sebegini.Memang tak selamat dunia akhirat kan. Yer la bayi yang tak berdosa menjadi mangsa dan apatah lagi sanggup dibunuh dengan kejam.Buat seks pandai, tapi dah ada bayi, bayi pulak jadi mangsanya. Apa ke jadahnya. Jom tengok berita penuh berkenaan berita ini

"SHAH ALAM 25 Mei - Gejala buang bayi sudah kerap kali dihebahkan media namun ia sedikitpun tidak memberi kesedaran kepada segelintir individu tidak bertanggungjawab untuk mengulangi perbuatan itu.

Masih ada pihak yang tidak serik - melakukan hubungan seks terlarang sehingga hamil dan mangsanya adalah bayi yang tidak berdosa.

Terbaru, mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa di sini malam tadi.

Mayat yang dibalut dengan kain lampin itu ditemui selepas seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ternampak sebuah kubur kecil yang baru di kawasan tersebut kira-kira pukul 10 malam.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaludin berkata, polis yang tiba di tempat kejadian selepas dimaklumkan, menggali kubur kecil sedalam 0.5 meter itu sebelum menemui mayat bayi bersama urinya yang dipercayai baru ditanam.

"Kita masih menyiasat mengenai penemuan ini bagi mengesan individu yang terlibat," kata beliau ketika dihubungi pemberita di sini petang ini.

Ini merupakan kes buang bayi terbaru dikesan. Pada 14 Mei lalu, seorang bayi lelaki ditinggalkan di atas lantai beralas tikar di belakang Masjid Jamek Al-Makmur di Sungai Lalang, Sungai Petani di Kedah.

Dua hari sebelum itu, pasangan remaja yang baru berusia 19 dan 15 tahun didakwa menanam mayat bayi lelaki mereka di tebing sungai di Taman Melaka Baru, Batu Berendam, Melaka.

Menurut Nor Azam, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Bagaimanapun, kata beliau, sehingga kini belum ada tangkapan dibuat dan polis meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya memaklumkan kepada mana-mana balai polis terdekat."

Kalau kita nak ingatkan kembali, isu pembuangan bayi memang tak pernah berkurang. Malah makin menjadi-jadi adalah. Buktinya ada disini. Tak cukup dengan itu lagi, muncul pulak isu berkenaan pembuangan bayi lagi, dan buktinya dipaparkan disini. Uolls tengok la sendiri macam mana sikap masyarakat pada hari ini. Artikel yang paling memilukan hati pernah ngexz tulis adalah berkenaan dengan penemuan bayi yang dibuang di dalam longkang di Kuching, Sarawak. Buktinya disini. Ngexz terpaksa remove gambar bayi malang tersebut kerana sangat menyayatkan hati.

Uolls, cuba kita cari jalan penyelesaian bagaimana nak selesaikan isu ini. Ngexz tengok isu ni macam tak pernah berkurang jew, makin menjadi ada la.


Terima Kasih

18 May 2010

Di Manakah Nilai Perikemanusiaanmu??


Selamat tengahari uolls. Panas giler rasanya hari ini. Di dalam kepanasan sebegini, terdetik hasrat ngexz nak menulis lagi berkenaan dengan kisah pembuangan, pembunuhan bayi sekali lagi. Jika uolls ingat, minggu lepas ngexz ada menulis berkenaan dengan kisah bayi yang ditinggalkan di depan masjid. Tapi hari ini lain pula yang berlaku kepada nasib bayi malang ini. Bayi ditanam oleh remaja yang tidak punya hati perut!!

Melaka, seorang bayi telah ditemui mati akibat ditanam oleh remaja yang berumur 15 dan 19 tahun. Yang lebih menyedihkan lagi, bayi tersebut sudah cukup sifat dilahirkan oleh pasangan remaja berkenaan dan telah ditanam berhampiran Sungai Melaka. Memang tersangat la keji kan perangai dorang ni. Yang lebih memeranjatkan lagi menurut sumber remaja lelaki tersebut merupakan seorang penuntut di sebuah institut pengajian tinggi di Terengganu.

Dalam pada yang sama remaja perempuan hanya diketahui oleh ibunya apabila ibunya menyedari bahawa anak perempuannya berlumuran darah dan segera mengejarkannnya ke hospital. Sampai di hospital, doktor mendapati bahawa anak perempuannya baru sahaja melahirkan anak dan terkejut dengan berita tersebut ibunya bergegas melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Dari situ baru la pihak polis melakukan siasatan dan bergegas ke tempat bayi tersebut ditanam. Siasatan mendapati bahawa bayi tersebut dilahirkan cukup sifat selain terdapat kesan lebam di kepalanya.

Cuba uolls renungkan kembali peristiwa pembuangan bayi ini. Apakah langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk menangani gejala pembuangan bayi ini? Nampaknya gejala ini makin menjadi budaya masyarakat kita pada hari ini. Bagi pendapat ngexz. kerajaan harus mengenakan tindakan yang berat kepada pesalah . Kalau setakat nak kenakan hukuman saman menyaman jer kepada pesalah, ngexz rasa gejala ini amat mustahil untuk diatasi. yer la kan setakat saman, bayar saman apa la sangat bagi mereka kan. Nengok2 kali kedua dorang wat perkara sama lagi.



Terima Kasih

14 May 2010

Mampukah Malaysia Mengalahkan China?


Nampaknya ini entry pertama ngexz berkenaan dengan Piala Thomas & Piala Uber yang sedang berlangsung di negara kita sekarang. Ngexz hendak berkongsi sedikit berkenaan dengan rentetan drama pasukan negara kita. Tambahan lagi pada malam ini kita akan menyaksikan perlawanan di antara pasukan negara Malaysia dengan China.

Kita sendiri sedia maklum bahawa China merupakan sebuah pasukan yang payah hendak dijatuhkan walaupun kita sudah memasang banyak strategi yang dapat menumbangkan mereka. Misi menumbangkan juara 7 kali iaitu China pada separuh akhir Piala Thomas pada hari ini hanya mampu dilaksanakan asalkan pasukan negara tidak tersasar daripada percaturan asal. Barisan negara kita tidak kurang hebatnyakan iaitu yang dibarisi oleh Datuk Lee Chong Wei, pasangan beregu Koo Kien Keat & Tan Boon Heang, Hafiz Hasyim, Choong Han, dan 1 lagi pasangan beregu negara yang mungkin menurunkan Zakry Latif & Hoon Thien How.

Daripada apa yang ngexz tengok semasa Malaysia bertempur dengan Denmark, Chong Wei dan pasangan beregu negara, Kien Keat & Boon Heang merupakan pemegang "kunci" yang mampu membawa Malaysia ke final. sekiranya salah satu daripada mereka gagal, maka amat sukarlah untuk Malaysia beraksi di final

Apa-apa pun malam ni kita sama- sama setia menunggu di depan tv melihat pasukan negara berjuang ke final. Apa yang kita harapkan mudah-mudahan pasukan negara mampu ke final kerana pasukan China bukan calang- calang pasukan yang ditandingi. Apa- apa pun dalam mengalahkan negara tembok besar tue, pasukan negara jangan cepat menyerah kalah. Terruskan perjuangan sampai ke titisan terakhir.


p/s Lama gak ngexz tak main badminton ni.Hehehe
Terima Kasih

Lagi-Lagi Kes Pembuangan Bayi


Petang ni ngexz tengok berita semasa di tv1. Alangkah terkejutnya ngexz apabila manusia pada hari ini tidak pernah serik dan sedar lagi terhadap masalah yang menghantui negara kita pada hari ini iaitu kes pembuangan bayi!!

Dimanakah sikap perikemanusiaan yang dimiliki manusia sebelum ini sehingga sanggup membuang darah daging sendiri? Adakah tidak pernah ada perasaan belas kasihan terhadap bayi yang dikandungkan 9 bulan sehingga sanggup membuang darah daging sendiri tak ubah seperti binatang?

Baru- baru ini, seorang bayi telah ditemui diletakkan di hadapan pintu masjid di Kedah ketika lelaki tersebut hendak menunaikan solat. Pada mulanya beliau hanya menyangka bahawa tangisan suara bayi adalah datang daripada anak kepada keluarga yang menginap di masjid itu sementara waktu, akan tetapi alangkah terkejutnya apabila beliau mendapati bahawa tangisan tersebut adalah datang daripada bungkusan yang berada di tangga.

Bayi tersebut masih ada kesan tompokan darah dan menurut sumber kemungkinan besar bayi tersebut baru dilahirkan. Bayi yang malang tersebut amat bernasib baik kerana masih bernyawa dan terus dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut cuma yang amat kasihan bayi tersebut dalam kesejukkan kerana kemungkinan besar ditinggalkan selama berjam- jam.

Ngexz tertanya- tanya kenapa sikap manusia pada hari ini tidak pernah insaf walaupun telah banyak langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk menangani isu pembuangan bayi. Uolls rasa apa yang patut kita lakukan untuk menangani isu ini? Ngexz ingatkan selepas peristiwa pembuangan bayi yang sebelum ini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan akan reda, tetapi lain pula yang jadinya. Semacam menjadi trend dah isu ini.
Terima Kasih

11 May 2010

Rita dan Aidil didenda RM500


Hari ni ngexz baca Utusan Malaysia dan ternampak satu tajuk yang agak menarik. Rita & Aidil kena denda dan nampak wajah ayu Rita Rudaini bertudung. Sah lagi memang dorang naik makhamah.Jom kita baca berita pasal pasangan ni

Aidil Zafuan & Rita Rudaini telah dikenakan denda sebanyak RM500 kerana bernikah di Songkhla, Selatan Thailand tanpa kebenaran makhamah pada pukul 9.30 malam pada 25 Feb tahun lalu. Mesti korang dah tahu dulu kan pasangan ni telah bernikah secara senyap di Thailand. Balik2 je Rita dah sah jadi isteri Aidil.

Dan sekarang pun pasangan ini telah mendapat cahaya mata yang amat comel. Malah dikhabarkan pasangan ni makin bahagia dengan rumahtangga mereka sekarang. Tambah- tambah lagi dengan kehadiran cahaya mata yang semakin membesar.

Ngexz harap mereka berdua bahagia sampai ke anak cucu. Jangan asyik bercerai berai je. Almaklumlah kan kita selalu sangat dengar artis zaman sekarang sikit- sikit bercerai. Macam dah jadi trend plak.

Terima Kasih

10 May 2010

Keputusan Mentor!!


Hai uolls. First if all, ngexz nak manyak-manyak minta maaf sebab lama tak update entry. Bersawang habeh dah umah ngexz. Sekrang ngexz dah balik kampung halaman. So masa ngexz untuk update entry sangat limited. Tambah- tambah lagi berukband ngexz yang kadang-kadang bikin hati ngexz panas. Nak berblogwalking pun terpaksa merangkak sebab nak balas kunjungan uolls. Kepada yang berkunjung ke rumah ngexz, ngexz ucapkan banyak- banyak makseh. Ngexz akan balas kunjungan uolls, tapi terpaksa merangkak.

Ok, malam tadi sapa yang setia di depan tv tengok Mentor 4? Malam tadi Kumpulan A yang terdiri daripada Mentor Azmeer, Mas Idayu ngan Joe Flizzow yang membuat persembahan malam tadi. Kesemua protege mendendangkan 2 buah lagu di mana salah satu lagi berduet dengan mentor masing- masing.

Ngexz mengikuti konsert ni sejak dari awal rancangan sampai ke pengumuman pemenang pada konsert kali ini. Mentor dan protege yang menang pada konsert malam tadi tak lain tak bukan adalah mentor Mas Idayu dan protegenya Shaq. Sebaik sahaja diumumkan Mas Idayu & Shaq, ramai yang tidak puas hati kerana berdasarkan persembahan malam tadi, mentor Joe Flizzow & Protegenya Ila. Bagi ngexz pun memang Joe Flizzow & Ila yang memenangi persembahan malam tadi, tapi malangnya aura Mas Idayu lebih kuat lagi.

Yer la kan, kalau diamati betul- betul dan berdasarkan markah dari juri, Joe Flizzow & Ila mendapat markah paling tinggi berbanding dengan Mas Idayu & Shaq. Tapi apakan daya peminat Mas Idayu & Shaq ramaikan. Terpaksala akur. tapi bagi ngexz, ketiga2 protege malam tadi memang amat membanggakan kerana dapat membawakan semua lagu yang diberikan dengan begitu sempurna. Mentor Azmeer & protegenya Nani pun tak kurang hebatnya.Suara Nani tang serak-serak basah memang mengagumkan ngexz.

So kepada yang sudah meminati peserta-peserta mentor ni, lebih baik uolls mula mengundi sekarang, kang kalau dorang terkeluar, menangis air mata la uolls. Seperkara lagi, ngexz pun layan Akademi Fantasia 8 ni. Tapi macam tak berminat sangat.Kalau nak dibandingkan dengan Mentor, ngexz lebih suka tengok Mentor. Bukanlah nak mengatakan bahawa AF ni tak baguskan, cuma ngexz lebih suka layan Mentor.

Terima Kasih

05 May 2010

Siapa Zee Avi??


Hai uolls. Kali ni ngexz nak kupas sedikit berkenaan dengan Siapa Zee Avi? Uolls tahu tak siapa pemilik nama ni? Mesti la uolls kenalkan, tambah-tambah lagi peminat lagu Kantoi dendangan penyanyi Zee Avi ni.

Siapa yang tengok Anugerah Industri Muzik di ntv7 hari tue mesti nampak kan Zee Avi buat persembahan. Uolls rasa macam mane? Hebat tak? Part yang ngexz suka gitar yang dia pakai. Cumil doh!!

Ok ngexz tulis entry ni bukan nak cerita pasal gitar dia k, tapi nak cerita khabar angin berkenaan dengan Zee Avi time AIM hari tue. Dengarnya Zee Avi enggan ditemubual oleh sekumpulan wartawan time AIM hari tue. Banyak wartawan pulang dengan hati kecewa bila tidak dapat menemubual penyanyi ni, khabarnya penyanyi ni tak nak ditemubual sebab kedatangan dia ke majlis tue juz untuk buat persembahan. Lain-lain hal "NO LAYAN". Tue dia cakap la.

Malah sebelum ini pernah timbul khabar angin gak yang penyanyi lagu Kantoi ini tidak melayan penerbitan berbahasa Melayu dan hanya akan memilih akhbar berbahasa Inggeris. Dan ada versi cerita gak khabarnya pihak pengurusannya lebih senang Zee berbahasa Inggeris supaya memudahkan mereka tahu butir bicaranya.

Kononya juga Zee hanya boleh bercakap bahasa Inggeris dan dialek negeri kelahirannya, Sarawak. Dia ingat wartawan hiburan dari media berbahasa Melayu tak boleh faham dan tak reti bahasa Inggeriskah? Pelik kan?? Malah ada sesetengah wartawan mendakwa Zee seolah- olah tidak suka bila ditemu bual. Kalau media tanya soalan panjang lebar, Zee akan jawab sepatah jer. Ala... kalau tak nak ditemubual, tak payah la nak panggil media kan. Setahu ngexz nama Zee Avi bukan la sehebat mana pun kan. Kalau nengok persembahan time AIM tue pun tak la bagus sangat. Hebat lagi Yuna. Tol tak? Kenapa la tak berpijak di bumi nyata saja. Bukan rugi pun kan.!!


Sumber dari Berita Harian

Terima Kasih

04 May 2010

Mia Sara a.k.a Amani Adamaya sangat comel






Munink uolls. Macam mana tido uolls semalam?Nyenyak tak? Takde nightmare ke or tido sambil berjalan macam Lisa Surihani a.k.a maya dalam Adamaya.Hehehe. Ok entry kali ni ngexz nak sajikan uolls dengan gambar- gambar menarik Mia Sara a.k.a Amani k

Siapa peminat budak tomey ni ?Angkat tangan cepat.... Limited jer ni. Pagi ni bangun jer ngexz hepi sangat sebab dapat nengok gambar- gambar comel Amani ni. Jom kita layan gambar comel dia. Siapa tak kenal Amani memang tak up to date la kan.




Sedikit latar belakang Mia Sara a.k.a Amani ni
- Nama betul dia Mia Sara Nasuha Bt Muhammad Ridhuan
- baru jer berumur 4 tahun tapi petah gler percakapan dia kan
- lahir pada 30 September 2005 ( yang penting bulan kelahiran sama ngan ngexz tuh.haha)
- Pekerjaan dia model kanak- kanak dan pelakon
- Orang Damansara taw
- Mula aktif seawal 2008 contohnya jadi model dalam iklan tv Bank Islam, Astro, Softlan, Sustagen, Celcom, etc . (uolls perasan tak adal iklan softlan tue yang dia guna baju kaler pink tengah baring. Klik sini kalau nak tengok.

Ok kepada yang fanatik giler dengan Mia Sara a.k.a Amani yang dalam slot akasia tv3 adamaya tuh, boleh la jadi fan Amani kat facebook k. Klik sini . Baru empat hari jer page dia dibuat, Amani dah mempunyai peminat lebih 8k. sekarang dah berpuluh ribu beb. Bayangkan betapa kuatnya aura budak ni kan.

Bukan setakat tue jer penangan budak Amani ni, malah Mia Sara a.k.a Amani mempunyai lagu sendiri. tak caya klik sini

Uolls layan la cerita pasal Amani sini k

p/s tak sabar nak tengok episod seterusnya Adamaya petang ni


Terima Kasih

15 April 2010

Jadi Mewah Tulis Blog??


Jeng-jeng. Bertemu kembali kita yer. Eh macam rancangan ape je ntah buat gitu. Ngexz sebenar buhsan dok ngadap buku jew ni. So, ngexz g post entry baru ni untuk tatapan semua**padahal tangan ngexz gatal nak menaip**. Next week ngexz dah berperang ngan final exam dah. Macam malas jerk nak study, tapi kalo tak study, pointer alamatnyer kelaut la. Tak pun terpksa repeat paper. Mintak jangan la kan, Dah final sem dah ni. Jangan wat hal suda. Thank to Incik Kiroro yang tak jemu- jemu bagi kata semangat untuk study ni. Kalau tak push gitu, memang terbongkang jer la keja ngexz. Muwah!!lebiu somuch!!

Ok-ok berbalik kepada tajuk ngexz kat atas tuh, Hari ni terserempak ngan
Harian Metro yang bertarikh pada 13 April **mmg ketinggalan je ngexz ni kan**. Ngexz terbaca kisah sorang blogger yang berjaya sampaikan dapat income beribu-riban sebulan dek kerana menulis blog. Sapa tak kenal ngan redmummy kan? sapa tak kenal uolls masuk jer kepala dalam longkang. Ngexz selalu follow cita- cita pasal redmummy ni, memang antara blog paveret ngexz r. tiap hari memang banyak gak entry dia post. Seorang pencinta kaler merah. Uolls tengok jer la blog dia memang semua theme merah.

Ngexz secara tak sengaja terserempak ngan 1 ruangan kat newspaper MyMetro yang menceritakan
kisah Redmummy ni. Memang ngexz tabing spring la ngan redmummy. Tak caya klik sini. daripada menulis blog suka-suka pada mulanya, dan kemudian redmummy menjadi antara top blogger. Ramai gler peminat dia sampaikan segala keperluan dari hujung rambut hingga hujung kaki ditaja oelh syarikat pengiklan. Fuhh!! Malah pengunjung yang mengikuti blog redmummy ni gak sehingga ke hari ni dah mencecah ke empat juta lebih. Mak ai!! ngexz ni nak sampaikan seratus sehari pun semput.

Dalam pada masa yang sama redmummy sempat menyelitkan tips macam mana nak menjana income dari blog
Panduan menjana pendapatan menerusi blog: (Sumber dari MyMetro)
1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.
2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.
3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.
4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.
5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.
6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.
7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.

Ngexz tak tau la bila la nak jadi macam redmummy kan. Tak payah popular pun cukup, asalkan dapat pengunjung beriban-riban sehari pun dah cukup. Ngexz terpikir gak camner la redmummy ni luangkan masa dengan berblog dan pada masa yang sama pun dia seorang wanita berkerjaya. Menurut redmummy, dia menulis catatan terbaru lebih daripada 10 catatan dalam sehari** mak ai, ngexz ni seminggu jer satu**. Ngexz suka lepak kat blog redmummy sebab cara penulisan dia tak skema sangat. Time ngexz baca pun boleh tergelak sendiri bila entry yang dia wat ada lawak. Kira cara dia tulis blog ni boleh attract orang la kan.

Satu lagi paling ngexz suka bila redmummy kata paling penting untuk menjadi penulis blog mesti mendapat restu dari suami**untuk yang dah ada suami taw. tips tue**. Uolls tengok jer la dalam blog dia, memang suami dia satu geng ngan dia. Ok la tuh kan. bahagia jer nampak.

Opss ah panjang gler ngexz popekkan sini kan. Kalau redmummy baca entry ni , bangga gak ngexz kan. Yer la dapat komen dari top blogger tuh. Harap- harap ngexz dapat macam redmummy gak nanti. Aminnnnn

Kepada Redmuumy, moga akak lebih berjaya lagi di masa akan datang!!

Terima Kasih

21 March 2010

Lagi kisah Benjy


Hai peeps!! Lama beno ngexz tak post entry baru kan.Macam seminggu sekali jer baru post yang baru.Mesti uolls buhsan nengok blog ngexz bersawang gitu je tak diupdate.Almaklumla tak de bahan sangat nak popekkan ngan uolls.Tue yang senyap je.Tapi kali ni ngexz sekali lagi tertarik nak mengulas berkenaan dengan Benjy.Ala Benjy lagi.Mesti uolls buhsan kan.Ngexz minat sangat ke ngan Benjy sampai nak tulis berkali-kali? Minat tue perkara kedua sayang oi.Tapi ngexz memang tertarik dengan mak Benjy tue.Ok meh kita popek dulu!!

Tadi g la nengok Melodi kan intebiu Melodi ngan Mak Benjy Mama Azean tuh. Time nengok-nengok tuh tak pasan plak aekmata ngexz kuar dengar luahan Mak Benjy. Kita kan dah tahu pasal Mak Benjy yang mati-mati mengatakan anaknya tak terlibat dengan semua tue kan.Naluri keibuan dia mengatakan yang anaknya tidak terlibat.Apa yang paling menyentuh perasaan bila Mama Azean mengatakan bahawa Benjy salah ke tidak, dia tetap anggap Benjy anak dia even ada sesetengah pihak mengatakan hubungan mereka mula renggang bila Benjy kena tahan pun tetapi sebenarnya tidak.Malah hari-hari bertanya khabar. Ye la kan kecian gak nengok Mama Azean tuh, Dah la dia sakit.Tup-tup ditimpa masalah pasal penangkapan anak dia.

Malah Mama Azean diajukan soklan berkenaan adakah dia akan menggunakan khidmat guaman bila Benjy didapati bersalah pun Mama Azean menyatakan bahawa beliau tidak sanggup nak menggunakan khidmat guaman.Belia cuma berserah 100% kepada Tuhan bahawa Dia je la yang boleh menghakimi semua tue.

Mama Azean sendiri menyatakan bahawa beliau benar-benar rapat dengan Benjy, apa yang Benjy buat semua Benjy akan roger kat mama dia, apatah lagi soal kewangan. Tapi nape plak soal gini mama dia boleh terlepas pandang kan.Tak kot.Mustahil-mustahil .Orang kata naluri ibu ni salu nye betul.

Memang tersentuh abis dengar luahan Mama Azean, malah beliau sendiri pun tak dapat menahan airmata melihat dugaan yang melanda keluarganya. Apa-apa pun sama-sama la kita menunggu keputusan Benjy ni k.Harap semua tue tidak benar.kecian plak nengok mama nya gitu.

Terima Kasih

15 March 2010

Apa Kena dengan Benjy??



Macam mana ngexz nak mulakan ni erk..Dewasa ini... Eh tak boleh tak boleh, macam skema je..Pada hari itu..eh lagi la tak boleh, macam nak story telling je.Ok r straight to the point je la.

Mesti uolls dah nengok kat tv mahupun kat newspaper kan berita paling hangat yang berlaku kat Benjy. Uolls kenal tak sapa Benjy ni? Ala pelakon anak kepada Azean Irdawaty tuh la yang pernah menang Anugerah Skrin beberapa tahun lalu. Apa yang berlaku kat Benjy? Benjy ditahan kerana didapati mengedar dadah selepas penemuan sebuah makmal mini memproses dadah.Mak ai...samapi gitu sekali kan.Takkan la seorang pelakon sampai wat gitu. Sepatutnya seorang pelakon ni la boleh dijadikan role model kepada masyarakat. Tapi ini pulak yang berlaku.

Dah la time penangkapan tuh dibuat dia bersama dengan teman wanita dia lagi tuh.Wakluuuu!!Dah la dah kawen kenapa pulak bersama teman wanita.Naaa sah ada skandal lain lagi kan..Satu lagi masalah timbul kat sini.Uolls bayangkan kalau betul-betul Benjy didapati bersalah, apa akan berlaku kat dia. Of coz la tali gantung la jawabnya kan. Tak kan la kerana dia seorang pelakon boleh terlepas dari tali gantung. Kalau betul dia bersalah, hukuman mesti diteruskan.

Ok kita tengok dari sudut ibu Benjy. Azean Irdawaty.Ibunya mati-mati menegakkan Benjy di mana ibunya berkata anaknya tidak terlibat dengan dadah, semua itu hanya fitnah.Ibunya menambah lagi bahawa Benjy selalu kekurangn duit.Tapi Urine test menunjukkan sebaliknya kan.Tak kan la polis sengaja nak perangkap Benjy. Akan tetapi ada juga desas-desus mengatakan Benjy diperangkap. Ntah la kan kita tak boleh buat spekulasi sendiri sebelum siasatan dibuat.


Tapi apa yang ngexz dapat dari kisah penangkapan ini adalah kasih seorang ibu melindungi anaknya. Uolls tengok sendiri je la, walau jahat mana orang labelkan anak kita, ibu kita akan tetap melindungi anaknya tak kira la apa orang kata. Bagi kes ibu Benjy selagi dia boleh mempertahankan anaknya, dia akan tetap melindungi anaknya. Mana taw boleh bagi semangat kepada Benjy kalau betul diatak bersalah kan. Apa-apapun kita tengok jer la keputusan kes ni.


p/s renung-renungkan

Terima Kasih

08 March 2010

Lagi Kes Pembuangan Bayi Secara Kejam!!

Click Sini kalau sanggup nak tengok gambar bayi yang dibuang secara kejam.**ngexz terpaksa remove balik pic sebab cikmin tak sanggup nak tengok kekejaman yang manusia buat.Click kat link kalau sesiapa nak tengok k.**Sori cik min


Semalam penduduk Kuching digemparkan dengan berita berkenaan dengan kes penemuan mayat bayi dibuang di dalam parit..Kali ni kes yang pertama kali berlaku di Kuching, Sarawak. Seorang bayi ditemui di dalam parit oleh dua orang budak lelaki yang kebetulan bermain di kawasan tersebut.Kejadian ni berlaku kat Pasar Stutong Tabuan pada kira-kira jam 2.30 petang. Mayat bayi tersebut telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat.

Tengok,betapa kejamnye manusia pada hari ni.

Sekali tengok bayi tue dah macam ape dah lepas dibuang macam gitu je. Kasihan pun ada. Yer la kan kalau kita jaga, bagi pakai, makan dia, mana tau suatu hari nanti boleh jadi orang berguna even mak bapak dia perangai macam hantu!! eee geramnye.. Kalau la ngexz jumpa depan mata orang yang buang bayi tue, ngexz sula je, then buang je dalam sungai Sarawak.

Sanggup pula manusia yang buang bayi tersebut yang sudah cukup sifat. Kenapa tak bagi je kat orang yang betul-betul nak jaga bayi tue kan atau bagi je kat pusat asuhan. Ini tidak, buang sana sini ibarat bayi tue barang mainan je. Binatang pun tak buat anak-anak dia gitu kan, inikan kita manusia yang punya akal fikiran. Nasib baik la bayi tue tak dimakan binatang yang berkeliaran kat situ time tue.

Kalau uolls tengok dengan mata kepala uolls sendiri mesti rasa kasihan kan. Kalau yang memang nakkan bayi lagi la kecian tengok bayi dibuat secara kejam gitu..

Renung-renungkan lah!!

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign