Pages

|The Comrades|

Showing posts with label IPAD. Show all posts
Showing posts with label IPAD. Show all posts

18 July 2012

Pelajar boleh bawa handphone ke sekolah. Wah bestnya!!

Beberapa hari lepas tengok berita kat tv mengatakan student dibenarkan bawa handphone dan gadjet ke sekolah. Wah best kan. Untung sungguh pelajar pada hari imi. Kalau era aku dulu, cikgu tahu jer student ada bawak handphone nahas la kena rampas. Taktik kami yang ada bawa handphone g sekolah bila time spotcheck terus cari tempat selamat untuk sembunyikan handphone dari dirampas. Giler kan.




*sekadar gambar hiasan

Pelajar hari ini banyak untung dibagi kerajaan. Tapi pelajar hari ni banyak yang salah guna kemudahan yang diberi gini. Sekarang baucer buku la, duit untuk pelajar kurang kemampuan pun kerajaan bagi dengan tekad supaya semua orang boleh pergi sekolah menimba ilmu. Tapi kelebihan yang kerajaan bagi dorang salah ertikan.

Kalau aku tengok dengan kebenaran untuk membawa alat komunikasi ni g sekolah, lebih banyak keburukan dari kebaikan yang bakal berlaku kelak. Hmm.. Bukan bermaksud cemburu or fikir bukan-bukan dengan hasrat murni kerajaan kan, tapi itulah kebenaran. Budak umur 3 tahun sudah pandai bukak youtube. Hah what say you???? Tidak mustahil budak-budak lebih terdedah kepada gejala sosial apabila ibu bapa tidak memantau kegiatan mereka kan.



*sekadar gambar hiasan

Berbalik kepada pembawaan handphone ke sekolah kelak, of coz la pelajar lebih mengutamakan handphone or ipad dorang daripada mendengar leteran cikgu yang berada di depan kan. Sibuk dok whatsapp, viber,skypeing, facebooking, etc la dorang kat belakang. Sekali tengok macam concentrate je, tapi padahal dok layan benda lain.

Satu hal lagi bila student dah bawak gajet-gajet canggih gini pergi sekolah, mesti la orang beranggapan student tu anak orang berkemampuan dengan ada iphone,ipad,samsung, etc lagi gajet lain dan dan dan mereka berkemungkinan menjadi mangsa rompakan. Yer la penjenayah masa kini mesti la up to date kan. Dorang tahu yang dalam beg dorang ada gajet-gajet berharga, so merbahaya kepada budak-budak ni.


*sekadar gambar hiasan

Dari sudut lain pulak, bila budak yang kurang kemampuan tengok member dia ni dok tayang ipad, iphone yang canggih mesti la dia nak jugak kan padahal mak bapak dia kat rumah membanting tulang empat kerat mencari sesuap nasi . Dan si anak balik umah meronta-ronta mintak dibeli gajet yang berharga beribu ringgit. Hahhhh!!!!


Pikiq la sendiri kan. Aku tengok banyak keburukan dari kebaikan kebenaran bawa benda camgini walaupun sekarang era teknologi. Ini hanya pendapat dari pemikiran aku je.

- Posted using BlogPress from my iPad
Terima Kasih

23 June 2012

Sangat limited jer rasa

Panas sungguh hari ni kan. Sampaikan double triple aku bukak kipas tapi masih gak panas. Nak tido pun tak selesa jer. Phewwww... Ngaku jer kaki tido kan. Hujun minggu lah bhai.

Ok , tujuan sebenar entry ni ditaip sajer jer nak ngadu ngan uolls. Kalaau uolls perasan before ni entry2 aku ni kebanyakkan ada words " sent from my ipad" hah gitu la sikit bunyi nya kan. Aku taip entry guna ipad jer. Tapi taip entry guna ipad macam limited jer rasa nak menaip ka. Macam tak kuar jer idea nak taip. Hahaha blah la gitaw idea tak kuar. Alasan sungguh minah ni kan. Hahaha.

Ape2 pun menaip guna laptop lebih best lagi dari ipad. Tapi aku kan sekarang 24 jam bersama ipad, laptop pun bersawang. Hahaha..#jelesletew.

Hmmm, kebelakangan ni mood ke laut sikit nak berbelog, tak macam dulu, member pun tak kontek each other dah, income pun tak beriban macam dulu. Yer la dulu kan blogger tegar gitew. Sekarang jer tak tegar sangat, yerla penyakit malas aku datang kembali la tue kan. Takpe, asalkn minat aku tak tenggelam teruskan.

Ohyer, satu lagi aku nak mengadu kat uolls, menaip guna ipad ni selalu jer spelling error and jarak antara word pun tersengajanrapat. Hahaha da pulak tersengaja rapat kan. Kikiki..macam nak kena lempang.


#oknaklayancitekatunjap.

Terima Kasih

06 October 2011

Iphone5 yang ditunggu, ternyata Iphone4s yang keluar, begitu juga Steve Job

Rasanya belum terlambat lagi aku nak celoteh kehebohan pasal Iphone terbaru yang baru dilancarkan Apple semalam kalo tak silap aku. Pergh, ramalan awal uolls semua meleset bila meramal Iphone5 akan keluar. Sekali tengok Iphone4s yang keluar. HEHE. Tapi takpe kan ada gak yang terbaru. Tapi kalo sekali tengok tak banyak berubah pun. Yang paling ketara aku nampak Iphone4s mempunyai 8MP kamera berbanding Iphone4 kan. HAHA tue jer la aku nampak. Aku ni kan butak cikit.

iphone4s

Apa2 pun peluang aku nak pegang Iphone jadi hak milik aku masih belum tercapai. IPAD pun belum tercapai inikan pulak Iphone. HAHA. Dalam masa uolls bergembira dengan pelancaran Iphone4s ni, terus berdesup macam kena kejutan eletrik bila dengar pagi ni co-founder Apple, Steve Jobs meninggal dunia kan. Macam dah planning jer. Yer la semalam baru jer pelancaran Iphone4s kan. Bak kata member aku nasib baik dia sempat join venture pelancaran tue. Ok la tue kira dia telah gembira sebelum pergi selamanya kan.

Apa2 pun May He Rest In Peace la kan, RIP, Steve Job. Mesti dunia akan merasa kehilangan besar dalam dunia perniagaan lebih2 lagi.

63771372


Terima Kasih

31 May 2011

Wishlist pertama sudah tercapai



Still in cuti mode dowh~ Lama dah tak merasa cuti gini even cuti seminggu jer. For the same time dapat gak spent time with beloved one kan. Auwwwcak!!

Genap 2 minggu dah bermanja² dengan pacar baru aku ni. Semua aku explore dari selekoh², celah², roundbout pun aku semua dah explore. HAHA. Amacam ada bunyi propa tak. HAHA. Ok la malas nak suruh uolls bersimbol tanda tanya besau kat atas kepala tue. Sebenarnya aku dah mencapai hajat pertama aku ingin berhenponkan henpon baru. Auww.. Lama giler mengidam nak guna Sony Ericsson Experia X10 ni tau. Haha

Hah ni la wishlist yang aku dah capai sekarang. Now nak move ke second wishlist. Tapi yang second wishlist ni macam lambat lagi nak tercapai. Nak tahu apa wishlist kedua aku? IPAD babe.. HAHA wow tinggi giler kemahuan aku kan. Tak padan ngan gaji yang aku dapat sekarang je nak beli yang tue. HAHA. Apa² pun kalau dah ada hajat mesti la usaha lebih lagi kan.

Xperia ni aku beli hasil titik peluh aku sendiri tau. Hasil aku menang dapat JOHAN pertandingan menulis esei sempena pesta kaul hari tue. Ada la dapat 1k . Belanja member² sana -sini. Sangat teruja dapat duit macam jatuh dari langit. HAHA. Then aku tampung duit yang sikit tue lagi dengan income blog yang aku cashout hari tue. Finally dapat gak aku beli bendalah ni. Sangat teruja babe kalau beli dengan titik peluh kita sendiri kan. Angguk la uolls sana sapa setuju ngan aku. HAHA.

Nak tanya pendapat uolss, IPAD yang camner paling best nak choose ni? HAHAHA. Planning jer. Angan² awal tak kisah kan. HAHA. Ok la tak nak cakap lebih kang ada yang termuntah baca wishlist aku ni. LArikssssssssssssssssss!!


notatangan: Gigih giler aku download games masuk Xperia aku ni. Ko ada?? HAHA

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign