^^
^^
^^
Mesti uolls dah dengarn atau baca berita pasal Pelajar Malaysia yang menuntut di Dublin, Ireland, Ariff Alfian Rosli tue eh. Ala, pelajar tajaan Petronas yang telah dilaporkan hilang oleh keluarganya. Paling mengejutkan seluruh Malaysia bila Ariff Alfian Rosli telah berkahwin dengan gay bernama Jonathan.
Menurut sumber, mereka telah berkahwin pada 20 September 2011. Gambar diambil dari darkbatman
KUALA LUMPUR 12 Dis. – Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.
Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.
Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001. Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaan pinjaman boleh ubah daripada Petronas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di United Kingdom (UK).
“Ariff kemudian dihantar ke UK untuk membuat A Level dan pada 2003 dia dihantar ke UCD untuk melanjutkan pengajian, walaupun dalam kontrak asal anak saya sepatutnya ke UK sahaja. “Pada mulanya saya sangsi kerana Petronas tidak mempunyai pejabat penasihat pelajar di Dublin seperti mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara). “Namun Ariff tetap meneruskan pengajian di UCD untuk mengikuti pengajian praklinikal dari 2003 hingga ke 2005 seterusnya klinikal (2005-2008),” katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah malang, Rosli memberitahu, dia kini berhadapan dengan saman pihak Petronas untuk menuntut wang pengajian Ariff berjumlah lebih RM890,000 daripadanya sebagai penjamin pertama. Mana saya ada cukup wang untuk menjelaskan wang sebanyak itu dengan pencen saya. Sudahlah kami sekeluarga menderita kerana kehilangan anak, kami kini berhadapan dengan saman pula,” ujarnya. Menurutnya, berdasarkan maklumat diterimanya, dia begitu bimbang Ariff terjebak dengan perkara negatif termasuk pergaulan bebas dan murtad.
Dia juga ingin menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak di luar negara supaya mengambil iktibar dan berhati-hati dengan insiden menimpa keluarganya selain berharap pihak agensi terlibat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat membantu menjejaki anak kesayangannya itu.
##Fuh macam2 kan. Macam tue la kalo dah kejutan budaya ditempat orang. Bak kata orang tua2, bukan kurang didikan ibu bapa, tapi anak yang tak masuk nasihat ibubapa.
Alkisah memang begitu kan. Bikin malu aku jer perut tiba- tiba buat nyanyian rock time meeting. Tadi punya hal la ni. Dah la meeting dengan boss. Time suasana sunyi sepi lagi tuh
^^
^^
^^
Nasib baik la takde staf lain perasan perutku sedang rancak berlagu. Member tepi aku jer terus senyum sorang dengar. Adess.. Malu oden oiii. Tak pernah berlaku kat aku time suasana gitu. Memang perut time menganas jugak time tuh. Yer la time kul 10 memang besa la kan. Dah la aku memang suka tak bekpes pagi. HAHAHA
^^
^^
^^
Nasib baik la ada minuman disediakan. Boleh gak backup dari berbunyi kedua kali. HAHA. KAng tak pasal- pasal terus nyanyi lagu Hafiz Awan Nano Nanonanonano..HAHAHA
Ok, sekarang tengah demam movie OngBak Rindu kan. Eh salah, Ombak Rindu la. Sapa yang dah serbu pawagam tengok movie ni? EE tak yah la angkat tangan, bikin aku jeles je..Takpe takpe sabar jer la ni. Nak p sama incik kiroro nengok nanti. Baru awesome. Huhuh
Kalau yang malas nak pegi pawagam tue, berani2 la download kat sini hah. Cepat giler kuar kan
ok larikkkkkk…. Sambung nengok ongbak pulak…
hahaha, entry entah apa2 ntah sebab fikiran melayang2 perasan nak romantik bersama aaron aziz.
Bantuan RM500 atau lebih pames dipanggil orang kampung bantuan kerajaan 1 Malaysia akan dibuka bermula 10 Disember ini iaitu pada hari Sabtu. Before uolls berpusu- pusu menyerbu pejabat LHDN better uolls baca betul2 syarat siapa yang layak mendapat bantuan ni okie!!
Syarat- Syarat Yang Layak Memohon Bantuan RM500. Isi rumah yang layak memohon adalah merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau lebih dikenali sebagai KETUA KELUARGA. Ini merangkumi individu seperti:
Ada yang berpendapat once kita serbu pejabat LHDN sabtu ni, uolls terus automatik akan dapat bantuan tersebut.. NOOOOO.. Bukan gitu yer. Uolls mesti isi borang permohonan dengan membuat pendaftaran permohonan terlebih dahulu dengan pihak LHDN. Then, kembalikan semula borang tersebut bersama- sama salinan kad pengenalan pemohon. After that pihak LHDN akan menyemak semula samada pemohonan tersebut layak atau tak menerima bantuan tersebut.
Borang- borang tersebut boleh didapati di Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Jabatan Pembangunan Persekutuan, atau agensi- agensi kerajaan.
Uolls boleh download borang bantuan rakyat 1 Malaysia disini jer.
DOWNLOAD BORANG BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M) RM500 muka 1
DOWNLOAD BORANG BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M) RM500 muka 2
Pembayaran Bantuan RM500 tersebut nanti akan dibuat pada pertengahan Januari 2012. Hah. tunggu taw, harap bersabar
Ok kalau tak paham gak uolls boleh baca artikel kat website LHDN
Oh Hafiz kau tatop kuminati. HAAH. wah statement bukan main owh. Kang kecut perut gf Hafiz AF7 tue.. Semalam aku jadi protokol satu event sempena kedatangan Ketua Menteri kesayangan weolls sempena penyerahan tangki air ke seluruh negeri sarawak, Pehin Sri Taib Mahmud. At the same time dorang invite Hafiz AF7 dan Datuk M. Daud Kilau jadi artis jemputan.*ops betul ke ejaan Datuk aku tulis tue*
Aku apa lagi mengambil kesempatan yang diberi la dengan meet sendiri artis paberet aku ni. Tapi after habis tugas2 negara aku la ni kan. HAHA. Yer la 1st time Hafiz datang dulu pun aku sempat nengok bontot dia jer, tak menyempat dia dah balek sebab aku time tue pun ada tugas tempat lain. SO semalam aku tak nak lepaskan peluang dah. So ini hasilnya. Gembira omakkk oiiii..
Yang ni memang Hafiz berdiri betul2 depan aku. Tat y tangan gegar time nak snap. Hafiz sporting habis bila peminat nak bergambo ngan dia. Aku jer yang malu nak bergambar berdua. Banyak orang nengok ko.Huhu. Rugi time ni nak pegang rambut Hafiz. HAHA
Bergelek ngan raja gelek Malaysia M. Daud Kilau. Pergh terbaek gelek dia bhai. Baju kaler kuning ni persalinan ke berapa ntah. Banyak giler sekali baju dia pakai
Part ni besh bila Hafiz buat pinggang ala2 nak patah kot. Yer la ke kiri ke kanan memang sporting giler dia ni.
Ni lagu last dia nyanyi, of coz la Awan Nano, sempat lagi promot sokong dia time Muzik- Muzik nanti. All the best Hafiz. Weolls sokong U!!
**Kamek Sayang Kitak Hafiz Oiiii!!. Woah over omakkkk..
Eh apesal pulak tajuk aku macam nak timbang berat badan jer. HAHA. Ok straight to the point, tajuk takde kena mengena berkenaan berat badan okiE!!
Hari ni jumaat, sangat best sebab rest time panjang giler, so boleh la aku blogwalking kan. Lama giler tak blogwalking, jumpa teman2, otai2 blog kan dan lama jugak aku tak bukak kedai kopi ngan geng blogger dulu kala. Rindu rasa.
Apa yang aku perasan time blogwalking, banyak dah blog yang tak pernah aku jenjalan before ni, so maknanya blogger baru banyak la kan. Bukan la nak kata aku ni otai dalam berblog pun, cuma aku dah agak lama dalam dunia blog, tapi ilmu belum setaraf otai macam denaihati, kak yan, ariffshah gitu kan. Banyak gak cedok ilmu blog dari dorang walaupun secara silent reader.Huhuh.
Blog2 baru aku nampak semua cantik2 belaka. Ada yang letak shoutmix angrybird la, domo kun la, artis fames la, pendek kata macam2 ada la. Paling tak boleh dilupakan ada yang letak lagu kan kat blog dorang. Aku mula2 dalam dunia blog dulu pun semua aku nak letak, yer la kan biar la interaktif gitu.Tapi selepas lama dah dengar petua dari otai2 ni yang mana letak benda cam gitu cuma nak memberatkan blog kita jer. Daripada letak lagu2, better kita letak benda yang lebih bermanfaat kan. Tak gitu kengkawan? Boleh gak nak menarik ramai lagi visitor kat blog kita. Hah tue tips dari otai tue.
Dari apa yang aku tahu, kalo blog kita berat, orang takkan suka nak masuk. Yer la kalau aku pun akan fikir macam tue kan, better masuk blog yang simple tapi banyak info boleh kita dapat dalam blog tue.
Erks, tak nak la aku melalut banyak giler, kang tak pepasal kata aku ni nak gila glamer.Opss!! aku sekadar kongsi tips jer kat kengkawan baru. Aku pun masih merangkak macam uolss kan. Tak gitu. Give me 5…
p/s Dunia blogging juga salah satu learning process yang tak akan habis sampai bila2 kan.
Bak kata pepatah hidup umpama roda kadang di atas kadang di bawah. Macam tue gak kehidupan kita manusia ni kan. Waseh bermadah helah aku hari ni *ada rasa macam nak lempang tak*
Macam tue gak dalam perhubungan kita kan tambah2 lagi hubungan jarak jauh macam aku ni yang memerlukan kesabaran yang tinggi dan kejujuran antara pasangan. Iewww geli jer dengar aku bermadah ni. Takpe sekali sekala kan. Tak best la kalo dalam perhubungan takde gado2 cakar2 ayam miaw2 kan. Opss!! Tapi kalau nak gado jangan la sampai menjejaskan perhubungan kan. Cukup la pergaduhan yang menhangatkan jer dalam hubungan. *ops apa aku tulis ni*
Baru jer minggu lepas ajak kiroro bergadoh. Sapa lagi kalao bukan aku yang mulakan. Alkisahnya gini
Aku: Awk, blh tak I boring dah kat U?
Kiroro: Apesal pulak nak boring2?
AKu: Suka2 jer
Kiroro: Betul ke?
Aku: Apa yang betul?
Kiroro: Betul ke dah boring ngan I?
Aku: A’ah!!
Kiroro: Berubah!!
Tettt.. terus takde jawapan dari aku. Niat mula memang nak sakat dia jer, tapi lepas tue terus jadi gadoh betul2 sampai diam jer 2 hari. Sapa lagi sang kiroro tue la.Aku ni yang panas bontot tak tahan nengok dia camgitu walaupun aku yang mulakan. So mula la adegan memujuk.
Aku: Syg, I mintak maaf kalao gurauan I hari tu keterlaluan k
KIroro: I pun nak minta maaf, I banyak kekurangan, I tak perfect, Sori buat U boring bersama I.
Aku: I gurau jer la syg, tak terniat pun nak boring kat U, U la nyawa I **eiwww macam nak muntah jer cakap gitu. LArikkkk.HAHAHA**
Kiroro: Ok tak pe, lain kali kalao nak guro jangan guro yang camgitu, I sedih tau syg.
Ouh so sweet la kiroro ni kan bila nengok dia sedih. Paling suwittt bila dia kuarkan aekmata bila aku majuk. HAHAHA.Nasib baik simple jer nak pujok dia ni. Tapi tak boleh buat salu, kang terus majok, kuar aekmata darah lak aku nak pujok mamat ni nanti. HAHAHA
Oh Em Gi. I love you la boncettttt
NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign