Pages

|The Comrades|

Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

29 December 2011

Goodbye 2011, welcome 2012

Walaupun 2 hari lagi 2011 akan melabuhkan tirainya, aku nak buat imbasan sikit pasal 2011 kat diri aku ni. Ecewah #imbasanlasangatmak. Last tirai 2011 ni aku sudah mencapai wishlist yang aku idam2 kan sepanjang 2011. Finally penghujung 2011 baru dapat direalisasikan walaupun disponser oleh my cool daddy and ditambah sedikit duit poketku. Habis carik poket mak oiii.

Uolls sendiri tahukan wishlist yang aku gila2 kan selama ini adalah bendalah ni. Hah cepat scroll g bawah cepat2...

^^



^^


^^


^^




















Amacam?.sapa jeles tengok, ker uolls dah ada semua, aku jer yang baru ada. Hehehe. Hepi giler sekarang bhai, boleh la bawa ke mana2 sambil eksyen2 hupdate blog n main fb. Haha. Aku donlot banyak game taw, siap game tembak2 jer bhai #kelaskomak ..

Kiranya tahun 2012 ni nanti nak buat wishlist baru la




Terima Kasih

26 October 2011

Appreciate it!!

2011-10-25 14.14.52

Yesh!! Ada lagi kesinambungan aksesori angry birds kan. Almaklumlah kipas susah giler nak mati angry birds. HAHA. Paling suker giler giler bila ada orang memahami minat kita kan. So apa lagi, terus amek dengan hati yang berbunga2 gitu bila ada yang sanggup bagi free. Actually angry birds collection ni ofismate aku yang bagi. Datang2 jer meja tadi, tang ada jer kat atas meja. Ibarat macam suprise gitu lor.

Aku apa lagi dengan keeksaitedan lebih terus propa dalam facebook. Woah memang terus ada yang respon kat picta yang aku uplot. Ada la makhluk tuhan ni komen “minatang” ni untuk apa. Fuh minatang dia cakap kan. Bukan tue jer dia siap gitaw bendalah ni tak berguna langsung pun walaupun peminat angry birds. Lama2 masuk tongsampah la. Hah bunyi macam gitu ler.

Huh…macam nak membara jer aku dengar orang kata gitu. So aku balas la orang dah bagi free kita mesti la menghargaikan. Takkan nak masuk tongsampah. Maybe dia kot gitu. Tapi i bukan jenis macam u la bhai. Ker dia jeles kan. Eiww tak koser makkkk.. Tak kesah la yang penting.. ada haku kesah.. hahaha. Yang penting aku hepi bila orang tahu benda yang kita minat so sanggup bagi kat kita kan..

Like double triple


Terima Kasih

13 January 2011

Facebook Akan Ditutup?


Amacam tajuk kat atas tue? Ada goncang tak hati bila tahu facebook akan ditutup? Bagi pengguna tegar facebook maybe hati dorang akan rasa bergolek-golek jatuh kan. Yer la takde dah tempat untuk lepak-ing, tempat diari dorang(konon), tempat memecahkan rahsia musuhnya(ada taw), & banyak lagi la. Yang paling penting tempat dorang berkenal-kenalan ngan teman baru kan. Ok semua tue bukan masalah yang aku nak cita. Tapi aku nak cita berkenaan dengan khabar angin penutupan Facebook pada 15 Mac 2011 ni.Korang percaya tak? Sila la percaya okie!!

Sebenarnya Facebook tidak akan ditutup pada 15 Mac 2011. Semua tue merupakan berita palsu yang dibawa oleh Weeksly World New. Kalau tak caya hah tengok kat bawah ni!!

Ok, relaks semua okie, Jangan gelabah dulu. Walaupun semua orang tahu facebook sudah menjadi sebuah laman sosial yang paling popular, tapi kita semua ingat maybe suatu hari nanti perkara ni maybe akan betul berlaku kan.

Ok sebenarnya khabar angin yang dibawa Weeksly World New mengatakn bahawa pengasas laman sosial ni iaitu Mark Zuckerberg sedang menhadapi tekanan untuk terus mengurus laman sosial beliau. Ok mari ikuti temuramah melalui telefon bersama pengasas laman sosial ni.

" Facebook sudah diluar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah menganggu hidup saya.Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckberg pada satu sidang luar di pejabatnya di Palo Anto.


Hah, korang rasa macam mana? Betul ke tak facebook akan ditutup kelak? Meskipun 15 Mac ni facebook tidak akan ditutup, maybe suatu hari kelak laman sosial ni maybe akan ditutup juga akhirnya.

Aku bukan pengguna tegar facebook tidak akan merasa kehilangannya, tapi ANDA macam mana? Ada rasa dunia korang akan gelap gelita tak bila ketiadaan FACEBOOK? HAH, so aku tak kisah la Aiman. HAHA

notatangan: Maybe Friendster akan popular kembali kan.

Terima Kasih

17 October 2010

Ex boleh jadi Kawan Ke? | Ngexz

Zasssss... Amacam melatop tak aku punya title atas tu. Lama gak nak pikir title yang sesuwei untuk entry aku kali ini. Time boring gini memang rajin jer jari jemariku menaip. Bak kata orang menaip ikut gerak jari, tapi tak tau ada maksud ke tak yang aku taip, ada ke tak orang baca kan.. Lantak la kan. Asal aku puasssssss

Aha, so macam mana uolls rasa? Boleh jadi kamceng ke bekas kekasih uolls dulu. Kalo aku? Camner ek? tak boleh lah weh, memang HARAM nak mengatakan boleh. Kenapa? Jangan la tanya kenapa. Malu nyahhhh.. Ok ni reason aku k.

1.Yer la kang kalo kawan balik, mana tau cinta lama berputik kembali kan. Kang gigit jari kekasih baru uolls.HAHAHA. Itu reason aku la kan.

2. Mana tahu si ex ni ada sebab tertentu nak buat kat aku kan then dia eksyen la jadi kawan aku. Mana tahu ada plan jahat dia nak wat kat aku. So better jangan la. Negatif thinkin okiee!!

3. Malas nak kenang masa lampau kan. Buat apa nak rujuk semula ngan dia. Sapa suruh tinggalkan dulu kan. Sekarang baru nyesal. Maybe dia jeles tengok kebahagiaan uolls, then berusaha nak musnahkan dengan cara kawan balik dengan U. Hah.. ada berani tak statment aku. Dont try la..

4. Dah dia pernah bercinta dengan ko dulu, ko sanggup ke nak jadikan dia kawan balik after ko dah break dengan dia? Hah ask urself. Aku?? Nononono...

5. Memang aku tak nak la weh, nak jawab apa lagi..haha

Yezaa...tue la reason aku kan. specific tak. Lantak la specific ke tak yang penting tue jawapan aku. Kiroro camner? Dia gitaw tak boleh nak kawan balik takut cinta berputik kembali.HAHa boleh blah jer jawapan gitu kan

Ni separuh dari komen kengkawan yang aku post kat facebook. Apa-apa pun tiap orang berlainan reason kan..





Terima Kasih

12 October 2010

Its 101010 | Ngexz

10.10.10. Cantik tak tarikh tue? Of coz la kan. Sekali jer berlaku tu babe. Sangat bermakna kat aku tarikh keramat tu kali ni. Dah la Angkasawan Negara pun pilih tarikh tu untk persandingan mereka, so aku pun ada kenangan tersendiri. It's my convo day ok!!. Hurgh.. memang aku akan ingat sampai bila-bila tarikh tu. Senang jer nak ingat tu.

Aku takde idea sangat nak menaip bila tak disertakan dengan gambar- gambar vogue gitu. Otak ni macam jem berkarat dah. So better aku letak pic then aku huraikan panjang lebar.. Bagus tak?

With kawan rapat a.k.a geng mafia la konon time kampus life. Tapi muka sejibik x iras mafia.Hampeh je kan

Aku main grab je orang yang limpas depan aku then ajak gambar with me. Amacam? Ada gaya mafia. Paling tak boleh blah bila ada media photographer tetiba datang then terus capture gambar kami. Apa lagi terus gedik semacam depan kamera. Mana taw masuk newspaper kan.

Paling tak boleh blah lagi bila ada nengok orang snap gambar guna "kamera ala-ala artis konon", terus cepat-cepat sembunyikan kamera lapok kami. Malu ehs.HAHA

I like this picta.. Sangat ayu kan bila posing maut atas scoot kaler pink. Sambil tahan pinggang ala-ala macam nak tumbang.
Sangat tak boleh blah a.k.a kaget terkejut beruk. Macam orang pegnen pun ado kan..Auww..imagine dulu la kan.Habis konvo dapat kawen cepat2.HAHA..gedik~


Tersangat spoil.Cuba pandang banner atas tue. Kami bukan Pra- U eh.Warning awal.HAHa. pinjam tempat dak Pra-U je sebab tempat lain semua full dek dak lain amik gambar pose sana sini. Alasan~
Aha..Satu-satunya gambar aku ngan Mr Kiroro. Satu ni je aku boleh masukkan. Dalam kamera melambak lagi. Bukan apa, tak mau pulak mamat ni nak aku letak lam blog mahupun facebook. Tapi aku tetap gedik nak letak. Lantak dia la. Bukan apa. Mamat tu gitau tunggu kulit dia putih baru leh letak picta dia banyak-banyak. Boleh bla kan.HAHA..Hah aku siap guna efek style lama-lama dulu tue sebab nak suh kulit gelap dia tak nampak.HAHA.Amacam? still gak gelop kan.kih2..Jangan mare yer kiroro.


Mak ai.panjang dah entry aku ni. Aku stop dulu ehs. Aku nak dengar nasihat pakar kaunseling dari Wanita Hari Ini jew. Dia pesan nak blogging, facebooking, yming ka tak boleh lama-lama depan laptop. Utamakan keluarga. Aha.so aku nak praktis dulu la ni. Kang tak sedar sampai 2 3 jam depan lappy.

Terima Kasih

16 August 2010

Puisi Kantoi The Contest | Ngexz

Selamat pagi di hari Isnin yer kawan- kawan. Ops macam kanak- kanak ribena pulak. Ehm, pagi2 ni seperti biasa rutin harianku adalah menjenguk blog, facebook, email, & cek akaun Nuffnang. Dalam sibuk membalas jejak kengkawan, aku terpersona melihat satu contest yang dipromote oleh seorang blogger ni. Siap ajak suruh join lagi. Beliau menggunakan nickname "Pencari Cinta". Pada mulanya aku fikirkan empunya blog ni adalah seorang perempuan. Tapi ternyata sangkaan ku tidak tepat apabila empunyanya adalah seorang lelaki. Hah jangan sangka perempuan je jiwang tau, lelaki pun ada gak. Haha, jangan marah yer pencari cinta .Jangan ingat beliau belom ada cinta taw, maybe dia just guna nickname tue kot. Aku tengok beliau sungguh setia singgah di blog aku sejak 2 menjak ni. Thank ya. Then, sekarang aku dengan rasminya ingin "menjoinkan" diriku mengikuti contest dia.



Contest yang aku maksudkan adalah " Puisi Kantoi The Contest". Hah tue lah tajuk dia. Macam menarik je kan. Aku pandai ke bab- bab puisi ni? Haha, haram weh, aku memang tak pandai. tapi untuk memeriahkan contest dia, aku join jerk. Tiap contest mesti ada hadiah kan. Hadiah lumayan beb!!

Pemenang pertama dapat RM50, kedua dapat RM30, dan yang ketiga dapat RM20. Paling menarik bila beliau nak bagi hadiah bonus kepada entry paling menarik. menarik tak. Meh la join cepat-cepat. Lambat rugi taw!!

Syarat nak join very da senang la beb! Kalau nak nengok syarat, uolls boleh g skodeng blog tuan empunya contest ni k. Klik sini!Senang tak.

Hah so sekarang uolls baca la puisi yang aku buat ni k. Jangan termuntah atau tergelak or so whatever la k. Entry ni tidak boleh dibaca umur 18 tahun ke bawah. HAHA.takde la gurau je. Tajuk puisi aku ni "Kau Ilhamkan Bahagia"


KAU ILHAMKAN BAHAGIA

Disaat kedukaan menyelubungi diriku,

Kau hadir mengubat luka dihati,

Disaat aku rindukan belaianmu,

Kau datang membelaiku,

Disaat aku benar- benar merinduikan mu,

Kau datang membahagiakan ku,

Disaat aku ingin memelukmu,

Lantas kau peluk diriku seeratnya,

Ampun dan maaf ku pinta jika dirimu tak bahagia denganku,

Ikhlas dariku bahawa aku terlalu menyayangi dirimu sepenuh hatiku,

Aku tidak mungkin menduakan dirimu

Memiliki dirimu anugerah paling istimewa pernah ku terima

Masih segar dalam ingatanku,

Ketika dirimu menyatakan bahawa engkau terlalu memujaku,

Oh!Betapa indahnya dunia bagai aku yang punya

Hidupku terasa amat bersinar sejak kehadiranmu,

Namun itu hanya seketika kerana aku terpaksa berjauhan denganmu di siang hari,

Oh Patung Spongebobku!!

Kau telah mengilhamkan sejuta bahagia kepada diriku.


Hah! Korang jangan gelak taw. Jangan pulak termuntah sebab aku bukan pemuisi terhebat. HAHA.Nak tengok rupa sumber ilham aku tak.
Ni la yang ilhamkan bahagia untuk ngexz. Yang besar tue yang pengilham setia taw. yang kecik-kecik tue pelakon sampingan je.




Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NGoNgexz Copyright © 2015 Designed by MaiGraphikDesign